.... Berkat Bantuan DAP, Kerjaya Politik Husam Akan Tamat Di Kelantan | AAKJ





Pas Kelantan mengucapkan terima kasih kepada DAP kerana membantu menamatkan kerjaya politik bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa apabila menamakannya sebagai bakal Menteri Besar.

Ketua Penerangannya, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, tindakan DAP itu akan memberi kesan teruk kepada Husam kerana namanya diisytihar sebagai Menteri Besar sebelum menang pilihan raya dan tanpa restu pihak Istana.

Beliau berkata, ia juga menjadi bukti jelas kedudukan PAN sebagai budak suruhan DAP yang tunduk kepada segala keputusan.

“Saya pun hairan, pihak yang sepatutnya mencadangkan nama Menteri Besar adalah parti yang menang, dan nama itu perlu diangkat kepada istana.

“Ini pilihan raya pun belum lagi, jadi banyak benda yang pelik, macam mana Penasihat DAP, Lim Kit Siang boleh datang umum bakal Menteri Besar?

“Presiden PAN ada di sebelah buat apa? Sebab itu saya lihat DAP yang kawal PAN, bagi parti itu Pan hanyalah budak suruhan,” katanya kepada pemberita di Majlis Mesra Aidilfitri anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jheaik) di pekarangan bangunan Jameiah Al-Asriah di sini hari ini.

Dalam ceramah Pakatan Harapan di Dewan Perniagaan Cina di sini baru-baru ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah menamakan Husam sebagai Menteri Besar jika pakatan itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top