.... Banyak Betulnya, Sindiran Najib Kepada Rafizi | AAKJ





Sindiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang Langkah Kajang yang sebelum ini gagal disempurnakan oleh pembangkang di Kajang ada asasnya kerana ia hanya menyusahkan rakyat.

Langkah Kajang sebelum ini yang dicetuskan oleh Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli hanya mahu menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang sebelum ini dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan tujuan mahu menjadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

PKR sanggup mengarahkan ADUN Kajang sebelum itu, Lee Chin Cheh untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat untuk memberi laluan kepada Wan Azizah pada masa itu. Selepas selesai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Wan Azizah menang tapi beliau tidak mendapat perkenan Tuanku Sultan Selangor.

Bagaimanapun, apa yang disindir oleh Najib ini melibatkan Langkah Kajang yang sebenar iaitu siapnya pembinaan projek Mass Rapid Transit (MRT) Fasa 2 laluan Semantan – Kajang yang hampir siap dan ia akan dibuka kepada orang ramai pada 17 Julai ini.

“Langah Kajang” sebenar, akan menjelang dalam masa tujuh hari,” kata Najib dalam akaun Twitternya.

Pada 28 Jun lepas, Najib memaklumkan pembinaan fasa 2 projek itu sudah 99 peratus siap dan akan dilancarkan mengikut jadual.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, laluan sepanjang 31km itu kini dalam proses pelbagai ujian dan fasa kedua itu akan melengkapkan operasi laluan MRT Sungai-Buloh-Kajang sepanjang 51km.

Fasa1 MRT sepanjang 20km dari Sungai Buloh-Semantan mula beroperasi Disember lepas.
Katanya, ujian ini perlu dijalankan bagi memastikan pergerakan tren tidak mengalami kecacatan selepas perkhidmatan dilancarkan.

“Kalau kita lihat tren sudahsampai ke Kajang.. itu adalah proses pengujian,” katanya kepada pemberita pada majlis penghantaran 49 Kapten Tren Haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) di Tanah Suci Makkah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang. – pru14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top