.... Badan Bebas Jadi Pemerhati, Bekas Ahli DAP Tolak Firma Audit PKF | AAKJ





Akar umbi DAP tidak bersetuju dengan pelantikan firma audit PKF sebagai badan bebas untuk memerhati proses pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar, G. Asoghan berkata, ini kerana firma audit berkenaan telah dipilih oleh pimpinan DAP yang tidak sah.

Katanya, majoriti ahli DAP tidak mahu wujud elemen yang boleh menimbulkan rasa curiga terhadap pemilihan semula berkenaan.

“Badan bebas sepatutnya tidak ada kaitan dengan pemimpin parti ketika ini.

“Oleh itu, majoriti ahli menolak sekeras -kerasnya cadangan Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok untuk melantik PKF sebagai pemerhati,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top