.... Azmin Tidak Setuju Husam Jadi MB Kelantan? | AAKJ






Kenyataan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang supaya Datuk Husam Musa dilantik sebagai menteri besar Kelantan sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan negeri itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah pandangan peribadi beliau semata-mata.

Malah, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perkara itu langsung tidak dibincangkan di peringkat mesyuarat pimpinan PH.

“Perkara ini (cadangan Husam jadi MB) tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat PH dan ia bukan pandangan PH,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri jamuan Aidilfitri anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam yang dihadiri lebih 5,000 pengunjung di perkarangan Stadium Malawati, di sini hari ini.

Lim membuat cadangan itu baru-baru ini kerana beliau menyifatkan Husam, juga naib presiden parti Amanah, boleh menjadi teladan baik untuk rakyat negeri itu dan seluruh negara.

Ditanya mengenai cadangan parti Amanah untuk bertanding di Kelantan pada PRU14, Azmin yang juga timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat, berkata pengagihan kerusi akan dibincangkan di peringkat mesyuarat PH dan adalah penting bagi semua rakan parti komponen PH mencapai konsensus berhubung perkara itu.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top