.... Azmin Tak Ubah Seperti Broker Tanah | AAKJ





Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didesak menggunakan bu­di bicara dalam isu premium tanah untuk pembinaan balai bomba dengan mengenakan bayaran nominal RM1 sebagaimana dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) apabila melibatkan projek berkepen­tingan rakyat.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, bayaran nominal RM1 itu perlu dibuat demi kebajikan rakyat terutama bagi projek balai bomba di Setia Alam, Bukit Raja, Aman Perdana dan Bukit Rahman Putra.

Beliau yang juga Koordinator Pembangunan Persekutuan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras turut melahirkan kekesalan dengan tindakan Mohamed Azmin yang sering berdolak-dalik dan lebih mementingkan politik berbanding mengutamakan kebajikan rakyat.

“Jumlah rumah, bangunan dan penduduk yang sangat pesat di kawasan ini sebenarnya me­nuntut kerajaan ne­geri memberikan penyelesai­an segera kepada masalah-masalah seperti kemudahan sekolah, balai bomba, balai polis, hospital dan sebagainya.

“Contohnya, apa­bila Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar meluluskan peruntukan RM3 juta untuk membina Balai Bomba dan Penyelamat Setia Alam, Moha­med Azmin sepatutnya menyam­but baik, bukan sebaliknya de­ngan mengenakan cukai sehingga RM4.9 juta dalam bentuk premium tanah,” kata­nya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamed Azmin sehingga kini berkeras enggan mengurangkan caj premium tanah bagi pembinaan balai bomba itu dengan memberi alasan tindakan tersebut ko­nonnya selari de­ngan pe­keli­ling ke­rajaan negeri.

Dalam pada itu, Zein Isma yang juga Ketua UMNO Bahagian Su­bang menyifatkan sikap Mohamed Azmin saling tidak ubah seperti ‘broker’ tanah yang hanya mahu mengaut keun­tungan atas angin de­ngan membiarkan rakyat menjadi mangsa.

“Setiap projek yang dibuat demi rakyat memerlukan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Mohamed Azmin perlu berjiwa besar dalam membantu rakyat, bukannya bertindak sebagai broker tanah,” katanya.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top