.... ‘Ayahanda’ Ditahan Dituduh Ugut Siti Kasim | AAKJ






Lelaki yang dituduh telah mengugut Siti Kasim di media sosial dilaporkan telah diberkas pihak polis. 

Menurut laporan yang diterbitkan oleh The Star, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berkata, “Ya, kami mengesahkan bahawa tertuduh telah ditahan pada malam Selasa untuk membantu kes ini.” 

Siti Kasim juga telah berkongsi berita penahanan tersebut melalui laman Facebooknya pada hari Rabu lalu. Selain daripada itu, Siti juga menambah bahawa suspek yang ditahan akan direman untuk tempoh tiga hari. 

Siti Kasim telah membuat laporan polis berkenaan ugutan-ugutan yang dilemparkan kepada beliau di balai polis Sentul pada hari Ahad lepas. 

Menurut Siti Kasim, beliau telah diugut pada awal bulan ini. Ugutan-ugutan ini dipercayai dibuat sebagai respon oleh netizen yang berang dengan pandangan dan pendapat Siti berkenaan pelbagai isu, khususnya yang melibatkan aqidah umat Islam sepertimana yang telah dilaporkan sebelum ini.

- Menara.my

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top