.... Ancaman Rogol, Pancung, Rejam: Siti Kasim Lapor Polis | AAKJ




Siti Zabedah Kasim, yang lebih dikenali sebagai Siti Kasim mendakwa golongan yang melemparkan ugutan terhadapnya bermentaliti seperti ISIS dan tidak mampu menerima kenyataan bahawa seseorang individu itu mempunyai hak untuk berfikir. 

Seperti yang dilaporkan oleh The New Straits Times (NST), peguam itu mendakwa telah menerima pelbagai ancaman serius seperti mahu merogolnya, menyimbah asid ke wajahnya, merejamnya dengan batu, dan juga ancaman untuk memancungnya. 

Kata Siti Kasim, "Orang-orang ini tiada beza dengan mentaliti ISIS. Mereka tak mampu menerima mempertahankan hak seseorang daripada penindasan adalah suatu hak dan seseorang mempunyai hak untuk menggunakan otaknya." 

Terkesan dengan ugutan-ugutan yang diterimanya, beliau menggesa pihak polis untuk segera mengambil tindakan terhadap mereka yang mengugut keselamatan diri beliau dan keluarganya dengan segera. 

"Saya menggesa supaya pihak polis mengambil tindakan serta merta terhadap orang ini dan juga mereka-mereka yang membuat ancaman-ancaman terhadap keselamatan diri dan keluarga saya. 

Saya berharap supaya tindakan diambil sebelum apa-apa yang tidak diingini terjadi terhadap saya dan keluarga saya," adu Siti Kasim. 

Siti Kasim mendakwa lelaki tersebut telah memuat naik tulisan berkaitan isu komuniti LGBT yang memetiknya secara salah pada 3 Julai lalu, dan memuat naik artikel sama ke laman web sama yang menyebut Siti Kasim dikatakan berkata, “Not to follow Arabic Islam, but follow the real Islam” pada 19 Julai.


menara

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top