.... Aktivis LGBT Lepas Semua Jawatan DAP | AAKJ



Presiden Kempen Pelangi, Numan Afifi yang dikaitkan dengan penganjuran program “Iftar Gay” Jun lalu sah melepaskan jawatan dalam DAP bagi mengelakkan persepsi buruk terhadap partinya.

Beliau menyandang jawatan setiausaha publisiti Pemuda DAP Subang dan ahli jawatankuasa DAP Bandar Utama. Katanya dipetik sebuah portal, beliau melepaskan jawatan berkenaan atas kerelaan sendiri.

“Saya lepaskan jawatan sebab tidak mahu timbul salah faham, sebab orang cuba kait dengan DAP. Jadi, saya tidak mahu salah faham itu berterusan,” katanya.

Numan sebelum ini dikaitkan dengan Kempen Pelangi, yang menganjurkan program buka puasa bersama golongan homoseksual.

Ia dianjurkan bagi mewujudkan dialog antara masyarakat heteroseksual dan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Hasratnya ialah untuk balik kepada asas dan berdialog antara satu sama lain, berkenalan dengan pegangan, budaya dan identiti masing-masing supaya kasih sayang dapat disebarkan,” kata Kempen Pelangi dalam kenyataan sebelum ini, dan menambah program itu diadakan bersempena “LGBT Pride Month”, yang menganjurkan pendekatan positif terhadap golongan kontroversi itu.

Numan menjelaskan beliau melepaskan semua jawatan hari ini, selepas terpilih untuk menggalas jawatan berkenaan dalam pemilihan DAP Subang dan DAP Bandar Utama 2 bulan lalu.

“Saya mahu fokus apa saya buat sebab mesej sebenar yang saya lakukan sebelum ini disalah tafsir. Mesej nak kita bawa sebenarnya hak asasi manusia,” katanya – AP

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top