.... Ahli Majlis DAP, Evangelis Tegar | AAKJ



Speaker Selangor merangkap ADUN Subang Jaya, YB Hannah Yeoh bukanlah satu-satunya evangelis tegar dalam DAP malah terdapat beberapa tokoh lagi seperti Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam dan Joshua Woo, Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (kedua-dua mereka merupakan ahli DAP). 

Hal ini didedahkan oleh Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff dalam posting terbarunya di facebook beliau. 

Dr Kamarul Zaman Yusoff yang baru-baru menggemparkan Malaysia dengan pendedahan yang dibuat ke atas YB Hannah Yeoh seorang evangelis tegar DAP. Laporan polis yang dibuat beliau ke atas YB Hannah Yeoh, yang juga seorang Pastor, masih dalam proses siasatan. 

Posting yang bertajuk: ‘Lagi Bukti Kristianisasi DAP: Bukan Saja Hannah Yeoh, Tetapi Steven Sim Dan Joshua Woo Juga Adalah Evangelis Tegar!’ antara lain berbunyi. 

“Lebih menarik lagi ialah Joshua Woo, di dalam buku ini, memperkenalkan diri beliau sebagai seorang paderi.” Dan “…beliau memperkenalkan Steven Sim di dalam blog beliau pada 31 Disember 2005 sebagai seorang pendakyah Kristian, atau lebih tepat, “a missionary (or missionary pastor to be) who just got back from a mission conference in Africa”. 

Malah kedua-dua tokoh DAP itu juga (Joshua Woo merupakan bekas Pegawai Khas Ahli Parlimen Bukit Mertajam) menghabiskan satu minggu mengarang ‘A theological response towards Malaysia’s 2010 Budget’ yang menurut Dr Kamarul Zaman Yusoff lagi “mempersoalkan keistimewaan sosio-ekonomi dan politik Bumiputera.” 
“Our reaching out has been restricted to ‘reaching out to bring ‘em in’, our evangelism, proclaiming of the good news, has been restricted to holy club recruitment drives. With many Christians taking up the challenge of participation rather than isolation, especially in the arena of politics, it is crucial for the church to be able to bless their endeavors not merely with words and prayers, but also by theological praxis (actions/practices).” 
Menara.my akan cuba mendapat pandangan daripada pemimpin kanan DAP berkenaan dengan pendedahan ini.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top