.... Ada Kemungkinan 'Agensi Strategik' Kerajaan Pusat Sudah Mula 'Di Beli'? | AAKJ



Khabarnya pakatan DAP, PKR dan PAN menerima parti Mahathir kerana ada tawaran yang tidak mampu ditolak oleh ketiga-tiga parti tersebut. Parti Mahathir hanya ada satu kerusi di Parlimen dan potensi untuk menang di kawasan lain pada PRU ke 14 ini - tiada potensi besar.

Muhyiddin, Mukhriz dan Mahathir yang kononnya nama besar dalam liga politik negara pun belum tentu dapat menang di kawasan sendiri. Muhyiddin khabarnya awal-awal lagi akan pindah kawasan parlimen kerana sudah tahu bakal dibenamkan di Pagoh. Mukhriz masih terkial-kial samada nak bertanding untuk kerusi parlimen atau Dun. Mahathir hanya berani cabar PM Najib di Pekan kerana sudah tahu kalau kalah maka ada alasan yang kukuh - kawasan Najib, patutlah kalah.

Siapa lagi yang dari parti Mahathir yang ada potensi untuk menang di PRU ke 14 nanti? Datuk Hamidah - beliau sendiri kalah teruk bukan sahaja dalam pemilihan UMNO bahagian malah penduduk di kawasan beliau pun tolak kerana faktor 'tidak bersih'. Penyandang kerusi tersebut tidak akan beri laluan mudah kepada Datuk Midah kecuali dengan 'kos' yang mahal?

Jadi, apa sebenarnya kelebihan parti Mahathir sehinggakan DAP, PKR dan PAN menerima kemasukan mereka? Pengikut Anwar Ibrahim yang kekal setia "Anwar sebagai Pemimpin Ulung" walaupun Anwar meliwat - otai reformis semalam undur diri sebagai penyokong pakatan haram pembangkang. Ini pun DAP, PKR dan PAN tidak peduli, umpama 'Go to hell' dengan kumpulan Otai Reformis yang hanya ada 4-5 kerat manusia dan nilainya tak seberapa dari sudut nilai poltik.

Lumrah manusia akan cair atau tergugat dengan 3 tawaran ini sahaja - harta, wanita dan tahta/kuasa. Apa tawaran terbaik Mahathir menyebabkan DAP, PKR dan PAN menerima dan sanggup melantik Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Pembangkang yang sah?

Dalam politik - tawaran terbaik dan amat berharga adalah pertambahan kerusi supaya hajat untuk memerintah tercapai. Mahathir tidak ada wanita untuk ditawarkan dan untuk menawarkan kuasa kepada DAP, PKR dan PAN, hanya satu sahaja Mahathir boleh lakukan - tawaran harta.

Itu sahaja yang Mahathir mampu tawarkan supaya parti beliau boleh berada setaraf dengan DAP, PKR dan PAN - bukannya sebagai parti budak suruhan yang lain. Apakah RM10 bilion adalah nilai tawaran Mahathir?

Jumlah tersebut tidak sukar untuk Mahathir tawarkan kalau melihat dari segi kekayaan luar biasa anak-anaknya dan juga kroni-kroninya. 'Share' sikit sorang - RM10 bilion bakal terkumpul dan kesemua DAP, PKR dan PAN hanya perlu bekerja keras dalam PRU ke 14 nanti.

Tambahan pula kalau bukan kerana 'ada barang' yang berharga tetapi tidak boleh dibawa masuk dan nilainya melebihi RM100 bilion maka RM10 bilion dijadikan modal adalah satu isu yang terlalu kecil. 

Manusia tidak akan gila kalau bukan juga kerana 3 perkara tadi - wanita, harta dan takhta. Sanggup jadi haiwan politik, sanggup bercium mulut dengan manusia yang dia hina sepanjang hayatnya menjadi Perdana Menteri ditambah dengan hayatnya di dalam UMNO.

Malah lebih hina, manusia yang sanggup menukar pengakuan - selama berbelas tahun mengatakan Anwar meliwat sambil melancap teman lelakinya serta menuduh Anwar berzina dengan wanita, akhirnya dengan muka selamba beruk, Mahathir seolah menarik balik apa yang beliau katakan pada Anwar - meliwat, melancap dan berzina. Lebih jijik, Mahathir boleh terima Anwar sebagai pemimpin, Ketua Umum Pakatan pembangkang. 


Maka dengan andaian jumlah RM10 bilion untuk dapatkan apa yang masih 'tersangkut' dan disamping bonus anaknya terjaga dalam kedudukan kuasa politik adalah satu nilai yang gampang Mahathir tawarkan.

Dengan RM10 bilion - kalau nak beli pegawai kerajaan di agensi strategik malah nak dapatkan maklumat rahsia tentang UMNO dan BN serta rahsia kerajaan - gampang saja.

Dengan RM10 bilion - DAP, PKR dan PAN kalau kalah pun mereka masih boleh maintain parti masing-masing dengan bergaya. PRU ke 14 mereka tidak perlu pun mengeluarkan modal. DAP yang pada mulanya begitu keras dengan RoS pun sudah menjadi lembut dan akur dengan keputusan RoS. Andaian - Kalau masih berkeras - mungkin tidak dapat menikmati hidangan RM10 bilion tersebut.

DAP, PKR dan PAN perlu perjelaskan kenapa terima parti Mahathir dan melantik Mahathir menjadi top dog pakatan haram mereka.

Adakah PRU ke 14 nanti mereka akan menggunakan strategi "membeli" untuk berkuasa?

Antara yang "boleh dibeli":

Menurut sumber, zaman internet maka perkara pertama yang mungkin boleh dibuat apabila ada modal yang besar adalah menyekat akses maklumat tentang dasar kerajaan dan sebagainya. 

MAMPU - agensi yang mengawal selia akses internet negara didapati menyekat laman portal berita pro kerajaan BN dan melepaskan berita dakyah dari portal pro pembangkang. Apakah ini antara yang sedang dibeli?

Menyekat akses internet supaya pekerja kerajaan tidak menghabiskan masa dengan melayan kandungannya itu satu usaha yang baik tetapi kenapa berita dari portal pro pembangkang tidak dihalang?

MAMPU kena jelaskan kenapa terjadi sedemikian. (Baca di SINI).

Ini hanya contoh dan apa yang sedang berlaku dan bukannya satu pertuduhan tetapi satu penjelasan perlu MAMPU buat.



Pelik bukan?

Pasukan penyiasat dari PDRM dan SPRM sudah boleh mula menyiasat.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top