.... 5 Anak Syarikat Ladang Rakyat Rugi Teruk | AAKJ






Pakatan Harapan mendakwa kesemua lima anak syarikat Ladang Rakyat yang diwujudkan oleh kerajaan PAS Kelantan mengalami kerugian yang teruk.

Pemimpinnya, Datuk Husam Musa berkata, empat daripada syarikat itu telah pun ditutup iaitu Ladang Rakyat Aquafarm, Ladang Rakyat Tropical, Ladang Rakyat Agro Products dan Ladang Rakyat Herbs.

Dakwa beliau, satu-satunya anak syarikat yang masih beroperasi Ladang Rakyat Project Management mengalami kerugian terkumpul RM8.5 juta.

“Ladang Rakyat Aquafarm kerugian RM166,339, Ladang Rakyat Tropical (RM98,500), Ladang Rakyat Agro Products (RM101,515) dan Ladang Rakyat Herbs (RM101,500).

“Kerugian terkumpul bagi kelima-lima anak syarikat Ladang Rakyat adalah RM 8,970,249 atau mencecah RM 9 Juta. Sebab kerugian tidak dinyatakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Husam yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) berkata, kerugian sebenar bagi kempat-empat anak syarikat yang telah ditutup itu sebenarnya adalah lebih besar daripada dimaklumkan kepada Parlimen.

“Kecuali pada tahun 2015 keempat-empat syarikat ini tiba-tiba mencatitkan keuntungan. Ini mungkin pendapatan dari penjualan aset modal pada tahun 2015 sebelum ditutup pada tahun 2016,” katanya. 

– Mynewshub

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top