.... Waspada ‘Doktor Spin’, Provokatif’ Pembangkang | AAKJ





Semakin menghampiri Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kian ligat provokasi dimainkan pembangkang.

Dalam isu terbaharu, bak kata wakil rakyat Muar, Datuk Razali Ibrahim terhadap ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan anggota lain DAP bahawa mereka tidak dialu-alukan memasuki Bazar Ramadan Bandar Kluang.

Ini kerana menurut Ketua UMNO Bahagian Kluang, Md. Jais Sarday, orang Melayu dekat situ masih marah dengan tindakan DAP yang pernah meminta bazar Ramadan itu ditutup satu ketika dulu.

“Tiba-tiba hari ini you datang balik, dia marah. Dia tak bagilah, lepas itu you provoke. Ini gaduhlah,” kata Razali kelmarin.

Pada 10 Jun lalu, Chin Tong dihalau keluar dari bazar Ramadan berkenaan ketika menga­gihkan sumbangan buah kurma kepada pengunjung di situ. Ini kali kedua dia dihalau keluar dari bazar yang sama sejak 2014.

Cuma sesuatu yang boleh dikongsi di sini adalah, putar belit atau ‘spin’ serta tindakan provokatif pembangkang dari semasa ke semasa akan terus mencapai tahap indeks pencemaran udara (IPU) kritikal. Masih tidak terdaya pihak berwajib mengekangnya.

Hantarlah sesiapa sahaja untuk mengasaknya, akan di­teruskan agenda untuk ak­hirnya menumbangkan kerajaan demokrasi sedia ada.

Kalau tidak dalam laman sosial termasuk aplikasi WhatsApp dan Facebook, mereka tetap akan buat juga dalam himpunan haram jalanan serta melalui sebaran fitnah dan tohmahan.

Inilah ‘keampuhan’ taktik spin dan provokatif.

Spin adalah teknik propaganda untuk memanipulasi pendapat awam. Ini dilakukan dengan membuat dan menyebarluaskan interpretasi peribadi ke atas sesuatu peristiwa.

Tujuannya untuk mendu­kung atau menjatuhkan seorang figura publik atau suatu organisasi. Spin merupakan instrumen berfungsi berganda. Ia boleh dijadikan alat bertahan dan dalam kesempatan lain, untuk menjatuhkan musuh.

Bertentangan dengan metod perhubungan awam (PR) tradi­sional yang mempersembahkan fakta, realitinya menerusi cara yang kreatif, spin dalam banyak kes, berupaya memanipulasi fakta. Ini dengan cara ‘memfokuskannya’ sedemikian rupa sehingga menyebabkan orang yang menjadi sasaran pada taktik spin itu jatuh reputasinya di mata masyarakat.

Sebagai alat menyerang, spin adalah fitnah yang dilihat canggih kerana dipakej dengan strategi PR yang matang dan terancang.

Seseorang yang mahir dalam taktik putar belit ini dikenali sebagai ‘doktor spin’. Doktor spin bertugas mencari sesuatu tentang lawan yang menjadi sasarannya.

Barangkali inilah yang terjadi di Bazar Ramadan bandar Kluang.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top