.... Wang Kitar Semula Pergi Mana? | AAKJ





Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa mendedahkan keseluruhan hasil daripada pelaksanaan dasar kitar semula yang turut membabitkan sebahagian besar rakyat di negeri ini, kepada umum.

Naib Pengerusi GERAKAN negeri, Oh Tong Keong, berkata ia bagi menjelaskan sama ada wang terbabit digunakan semula bagi menampung aktiviti berkaitan kebajikan rakyat, atau sebaliknya.

Katanya, ia berikutan tiada sebarang makluman yang dibuat kerajaan negeri pimpinan DAP berhubung hasil diperoleh daripada kaedah terbabit, mahu pun kegunaan wang yang berjaya dijana daripada kitar semula itu.

“Rakyat Pulau Pinang mahu tahu mana pergi hasil yang diperoleh daripada pelaksanaan dasar kitar semula ini dan apa manfaat yang akan diterima.

Adakah wang terbabit disalurkan kepada kerajaan tempatan atau kontraktor? “Ini kerana, kerja kitar semula ini membabitkan rakyat, sekali gus memberi pendapatan tambahan kepada kerajaan negeri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top