.... Video Remaja "Joget Berak" Atas Kubur, Gila! | AAKJ



KECOH di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video memaparkan sekumpulan remaja sakan menari di atas kubur.

Menerusi laman Facebook Viral Agency, satu video dimuat naik menunjukkan sekumpulan lelaki melakukan tarian kurang bermoral di sebuah tanah perkuburan.

Dalam video berkenaan, tiga remaja itu tanpa rasa bersalah memijak dan mencangkung di atas pusara di tanah perkuburan itu. Mereka juga kelihatan tersenyum dan ‘berseronok’ dengan perbuatan itu.

Rata-rata netizen yang menonton video itu melahirkan rasa kesal dan marah dengan sikap remaja terbabit yang dianggap seolah-olah menghina agama dan tidak menghormati tanah perkuburan.

Video yang berdurasi 22 saat itu dikatakan berlaku di Indonesia, namun tidak diketahui lokasi sebenar video tersebut dirakam.

Kebanyakan netizen berharap agar remaja di negara ini tidak meniru aksi yang dilakukan oleh mereka.

“Subhanallah! semoga Allah turunkan bala pada budak-budak ni. Tak ada rasa hormat kat pusara. Moga Allah bagi bontot dia bengkak sampai tak boleh jalan ketika itu baru dia nak insaf agaknya,” tulis Mumy Adiah.

“Dapatlah balasan tu nanti dengan perbuatan yang dilakukan ini. Inilah contoh manusia yang tidak mempunyai akal fikiran,” tulis Shah Shahrun. – MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top