.... UMNO Pernah Tawar “Dedak Gred A” Kepada Syed Saddiq? | AAKJ





Dalam keributan yang berlaku dalam PPBM sekarang Ketua Armadanya mendakwa ada pihak pernah memancingnya dengan pemberian dedak gred A.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa pernah ditawar jutaan ringgit, biasiswa penuh dan banyak lagi daripada pihak BN.

“Apabila sogokan gagal, ugutan dinormalisasikan. Saya kehilangan dua sumber pekerjaan dan ibu saya diugut,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Syed Saddiq mendakwa dia rela mati daripada hidup bergelumang dengan rasuah.

“Bagi kawan kawan yang terperangkap dengan permainan UMNO, i wish you all the best. Saya akan sentiasa doakan supaya saudara kembali ke jalan yang benar,” katanya.

Beliau juga menasihati rakan-rakannya yang kini bersama UMNO mengenai kedaulatan negara yang bakal tergadai kepada China dan rakyat terbeban dengan cukai.

Sebelum itu, ARMADA yang juga sayap pemuda dalam PPBM mengalami krisis apabila salah seorang exconya mendakwa pimpinan parti tidak menjawab isu melibatkan pimpinan termasuk presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan penasihatnya, tun Dr. Mahathir Mohamad.

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top