.... Tolong Jangan Buat Tuduhan Tak Masuk Akal, Kami Tak Jual Kedaulatan Negara | AAKJ





Komitmen kerajaan dalam membangunkan negara menerusi pelbagai inisia­tif termasuk kerjasama pelaburan asing tidak harus dilihat sebagai tindakan menjual kedaulatan tanah air.

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd. Shahar Abdullah berkata, sebaliknya usaha itu perlu difahami dengan jelas supaya faedah dan kesannya dapat dinikmati oleh semua pihak termasuk generasi muda.

“Pihak-pihak tertentu yang sering mengkritik usaha kerajaan majukan negara janganlah bersikap terlalu sentimental yang tidak berasas kerana setiap keputusan yang dibuat oleh barisan pemimpin negara adalah jelas untuk rakyat.

“Siapa kata kita jual kedaulatan negara apabila kerajaan bawa masuk pelabur asing ke Malaysia? Yang kita mahukan adalah kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada rakyat sama ada dalam jangka pendek mahupun panjang,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Shahar memberitahu, pihak-pihak tertentu juga berkemungkinan akan mengambil tindakan yang sama jika menjadi pemimpin negara.

Dalam pada itu, Exco Pemuda UMNO, Sheikh Nafiq Alfirdaous berkata, tindakan mengkritik usaha pembangunan negara oleh pihak tidak bertanggungjawab adalah sengaja untuk menyemai rasa benci terhadap barisan pemimpin negara.

Jelas beliau, golongan tersebut layak digelar sebagai rakyat yang derhaka dan tidak bersyukur dengan kestabilan negara.

“Mereka ini sengaja tidak mahu mengiktiraf usaha Perdana Menteri sedangkan mereka tahu apa yang dilakukan adalah untuk kebajikan rakyat.

“Negara luar tidak akan berani melabur di Malaysia jika negara kita tidak stabil dan seharusnya berterima kasih kepada semua pemimpin negara yang bertungkus-lumus membangunkan negara,” ujarnya.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top