.... Tolak Pas Bererti Terima Musuh Islam | AAKJ





Pas menganggap golongan yang menolak parti itu sebagai orang yang menerima musuh Pas iaitu dalam kalangan musuh Islam juga.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, perkara itu bukan sesuatu yang pelik kerana Pas semakin membina dirinya sendiri agar lebih diterima oleh semua.

Katanya, Islam pada hari ini di Malaysia adalah Islam yang syumul dan sempurna serta semakin diterima oleh masyarakat sekali gus Pas semakin diterima sebagai ‘abang besar’ dunia dakwah.

Oleh itu katanya, parti itu tidak malu sekali pun tidak mencapai sasaran kemenangan 40 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana perjuangan Pas tidak terhenti setakat PRU sahaja.

“Pas berjuang bukan penamat pada PRU-14 atau mana-mana PRU akan datang. Hujung perjuangan Allah-lah pemegangnya. Pas bergerak menuju hujung itu. Kemenangan Pas adalah apabila terus bergerak dan istiqamah.

“Motivasi Pas adalah dakwah dan janji kemenangan daripada-Nya. Setiap kali kita mencapai maksud dakwah, setiap kali itulah pintu kemenangan semakin terbuka di hadapan. Ia terbuka di mana-mana dan bukan Pas yang membukanya. Allah membukanya dengan kehendak dan kemahuan-Nya,” katanya melalui status Facebook miliknya semalam.

Nik Mohamad Abduh berkata, pilihan raya adalah penyukat semasa pasang surut ombak dakwah dan ombak itu akan terus berombak tanpa ‘malu’ menghempas pantai kerana apabila sampai masanya ia pasti me­ngubah pantai itu.

Justeru katanya, setiap hari adalah kemenangan yang sedang terbuka buat Islam dan Pas tidak lagi meletakkan sasaran bawah 40 kerusi Parlimen selepas PRU-14, malah akan meningkatkan lagi sasaran tersebut.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top