.... Timbalan Presiden PAN : Hanya Kerajaan Tidak Waras Beri Dekoder TV Percuma | AAKJ





Apa sahaja perkara baik dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk rakyatnya pasti akan dikutuk dan diperlekehkan oleh pemimpin pembangkang kerana bimbang boleh mengugat kepentingan politik mereka.

Jika Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memberi manfaat kepada jutaan rakyat Malaysia dituduh sebagai wang haram, hari ini pemberian dekoder bagi siaran TV Digital secara percuma oleh kerajaan kepada rakyatnya turut dikeji.

Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub dalam nada berbaur cemburu mendakwa kononnya rakyat Malaysia tidak perlu gembira menerima dekoder percuma kerana cuma kerajaan yang tidak waras akan berbuat sedemikian.

“Saya nak tanya berapa kos yang telah dilibatkan dalam projek ini? Wang yang diperuntukkan sepatutnya disalurkan untuk menyelesaikan pokok permasalahan yang membelenggu rakyat.

“Saya melihat Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) terlalu terdesak untuk menjalankan “projek segera” menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14),” dakwanya dalam satu kenyataan.

Tohmahan itu tidak berasas kerana pemberi pemberian dekoder secara percuma oleh kerajaan secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan rakyat Malaysia ke atas saluran televisyen berbayar semata-mata bagi mendapatkan siaran berkualiti tinggi.

Pemberian ikhlas oleh kerajaan itu malah membantu menjimatkan kos sehingga ratusan ringgit sebulan yang perlu rakyat bayar tanggung selama ini untuk mendapatkan perkhidmatan saluran televisyen berbayar.

Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ahmad Syukri Che Ab Razab pula mendakwa kerajaan sepatutnya tidak membelanjakan wang supaya rakyat mendapat akses Internet terbaik.

“Menurut satu kaji selidik, rakyat Malaysia menggunakan alat peranti digital selama 14 jam secara purata dalam sehari. Majoriti daripada masa ini digunakan untuk melayari internet,” katanya.

Segelintir ahli akademik bagaimanapun berpandangan ketaksuban golongan muda Malaysia ke atas Internet sehingga menghabiskan masa seharian melayari laman sosial sedang merosakkan nilai dan budaya kehidupan masyarakat negara ini. – MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top