.... Terengganu Negeri Terkaya Di Malaysia Bukannya Selangor Dan Pulau Pinang | AAKJ





Tahukah anda kerajaan negeri Terengganu meluluskan peruntukan sebanyak RM 88.8 juta untuk bantuan Dana Raya kepada 239,323 penerima tahun ini? Perkara ini meletakan Terengganu sebagai negeri yang terkaya di Malaysia bukannya Selangor dan Pulau Pinang.

Ramai yang telah maklum bahawa Selangor merupakan sebuah negeri yang kaya dahulu namun kini dibawah pentadbiran Pakatan Harapan yang diketuai DAP, prestasi negeri tersebut telah jatuh merudum. Sempena sambutan Hari Raya tahun ini, Selangor hanya mengumumkan pemberian bonus dua bulan setengah gaji kepada kakitangan awam di negeri berkenaan.

Terengganu pula mengumumkan peruntukan Dana Raya sebanyak RM 88.8 juta yang terdiri daripada warga emas seramai 33,305 orang sebanyak RM9.9 juta, isi rumah berpendapatan rendah seramai 154,730 sebanyak RM 61.2 juta, orang kurang upaya seramai 14,405 sebanyak 4.3 juta dan ibu tunggal atau duda seramai 37,283 sebanyak RM 13.4 juta.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dikatakan sedang mempertimbangkan untuk memberi bonus kepada semua kakitangan awam di negeri berkenaan antara 3 hingga 4 bulan gaji. Bayaran bonus ini akan dibuat pada 15 Jun yang akan datang dan akan melibatkan kira-kira hampir 5,000 orang penjawat awam di negeri ini.

Kakitangan Kerajaan Selangor adalah seramai 21 ribu orang sahaja tidak termasuk pesara. Ini menjadikan peruntukan bonus dari Kerajaan Selangor hanya RM30 juta manakala penjawat awam di Pulau Pinang pula hanya 5,000 orang maka ia menjadikan jumlah pembayaran bonus juga tidak banyak. Berlainan dengan Terengganu yang memperuntukan sebanyak RM 88.8 juta Dana Raya untuk negeri tersebut.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin, berkata syarat kelayakan masih sama iaitu pemohon yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan serta mestilah rakyat Terengganu dan perlu mendaftar sebagai pengundi.

Mereka yang berstatus bujang berusia melebihi 40 tahun dan berpendapatan bawah RM1,500 juga layak memohon. Bagi pemohon yang bukan rakyat di negeri ini tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Terengganu perlu mendapatkan perakuan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K).

Ramai penganalisis politik berpendapat pemberian bonus dua bulan setengah gaji di Selangor dan tiga bulan gaji di Pulau Pinang merupakan gula-gula politik bagi memenangi Pilihanraya akan datang. Namun nampaknya mereka gagal menandingi kehebatan kerajaan Terengganu yang telah bertahun-tahun memberikan bantuan Dana Raya kepada rakyat mereka tanpa menunggu tarikh Pilihan Raya Umum.

Memang banyak perbezaan diantara kerajaan yang ikhlas berkhidmat demi kebajikan rakyat dengan mereka yang berjuang demi kepentingan politik semata-mata.

– PRU14.tv


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top