.... Sibuk Bergaduh Dengan Isteri Orang, Mahathir Patut Rasa Malu | AAKJ





Inilah sikap muka tembok dan tidak sedar diri yang sering dipamerkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Sejak keluar parti kerana kepentingan peribadi tidak ditunaikan, beliau menjadi pengkritik lantang yang mengkritik kerajaan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apa sahaja yang dilakukan kerajaan di bawah pimpinan Najib kepada rakyat dan negara, pasti akan dikritik dan diburuk-burukkan dalam usaha untuk menghasut rakyat membenci kerajaan dan pemimpin negara yang telah banyak membawa kejayaan besar kepada negara.

Malah sanggup sehingga ke luar negara memburuk-buruk negara sendiri. Beliau sanggup memusnahkan imej dan ekonomi negara sendiri asal sahaja nafsu politik beliau dapat dilampias.

Teramatlah malangnya negara kita kerana mempunyai kumpulan pembangkang yang berakal singkat, tidak profesional, tiada integriti, tidak patriotik dan biadab.

Tak cukup cari pasal dengan Najib, kini bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu merendahkan darjatnya apabila secara terbuka mengajak isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk bergaduh. Nampak sangat betapa terdesak Mahathir yang sudah ketandusan cara untuk menyerang Najib.

Walau apa pun, tindakan Rosmah untuk mengheret pihak yang membuat fitnah ke atas dirinya seharusnya tidak ada kena mengena dengan Mahathir. Kenapa beliau mesti terasa hati? Adakah Mahathir terlibat dengan ‘aduan awam’ yang dibuat melalui Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat yang menjadi sensasi sejak akhir-akhir ini?

Baru-baru ini, Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menggesa DOJ supaya mendedahkan identiti pengadu berhubung langkah yang diambil jabatan terbabit merampas aset RM2.3 bilion 1MDB.

“Saya mengesyaki pengadu terbabit adalah rakyat Malaysia yang mempunyai agenda politik jahat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan.

“Malaysia berhak mengetahui siapa pengadu terbabit dan DOJ perlu mendedahkan identiti mereka supaya Malaysia dapat mengesahkan apa kaitan pengadu terbabit dengan agenda parti pembangkang bagi menggulingkan Perdana Menteri dan kerajaan yang dipilih secara demokrasi di Malaysia,” kata Abdul Rahman.

Peguam Rosmah, Tetuan Noorhajran Mohd Noor, firma guaman itu berkata mereka yang membuat serangan berniat jahat terhadap Rosmah Mansor akan berdepan tindakan undang-undang tanpa notis lanjut atau rujukan.

Kenapa pula Rosmah perlu menyaman DOJ berdasarkan Saman Sivil yang terbaru? Rosmah bukan merupakan defendan yang disaman. Cerita dongeng barang kemas termasuk cincin berlian di dalam Saman Sivil berkenaan tidakpun disenaraikan sebagai barangan yang hendak dirampas oleh DOJ.

DOJ tidak dapat waima membuktikan bahawa Rosmah memiliki mana-mana barang kemas berkenaan. Jadi, kenapa pula Mahathir yang sibuk menyuruh Rosmah memulangkan barangan kemas berkenaan? Lagipun apa kaitan Mahathir pula dengan ‘Saman Sivil’ berkenaan?

Adakah beliau dalang yang membuat ‘aduan awam’ melalui DOJ untuk menjatuhkan Perdana Menteri?

Dalam video 45 saat yang disiarkan pada akaun Twitter rasmi beliau @chedetofficial, Mahathir berkata Rosmah, isteri Perdana Menteri perlu membuktikan dakwaan itu palsu.

“Berani kerana benar. Jika ini fitnah, saya cabar Rosmah untuk saman DoJ sekali. Saya juga menggesa Rosmah supaya memulangkan semula duit rakyat dan barang kemas yang dibeli menggunakan duit rakyat. Duit yang digunakan ini adalah milik rakyat bukan milik Rosmah,” kata Mahathir.

Jelik betul sikap bekas perdana menteri keempat itu. Beliau yang buat fitnah, tetapi Rosmah Mansor kena buktikan tidak bersalah pula.

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top