.... Siasat 4 Individu Dalang Saman DoJ: JMM | AAKJ





Saman sivil terbaru dikemukakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dipercayai didalangi empat individu dari negara ini dengan niat memburukkan imej Malaysia.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah mengatakan bahawa mereka adalah Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa; Pengarah Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4), Cynthia Gabriel; peguam, Mattias Chang; dan Pengasas dan Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Katanya, mereka dipercayai berkonspirasi dengan pihak tertentu dari DoJ bagi menjatuhkan kredibiliti negara dan pemimpin kerajaan, khususnya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, selain cuba menggugat ekonomi negara.


"Mereka merancang dengan DoJ dan pihak media di AS untuk menghebahkan semula dakwaan berunsur fitnah (terhadap 1MDB) dan memburukkan negara, khususnya pilihan raya semakin hampir".

"Saya percaya mereka telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 499/500 serta Seksyen 120A dan 120B Kanun mengikut Akta Hasutan 1948 juga dilakukan".

"Saya turut menyerahkan beberapa dokumen sebagai bukti dakwaan pembabitan keempat-empat mereka dalam konspirasi berkenaan yang diperoleh daripada blog dan beberapa individu yang kredibilitinya boleh dipercayai" katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemuiselepas membuat laporan polis terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.


Semalam, Doj membuat satu saman sivil berkaitan 1 MDB bagi merampas aset bernilai AS$540 juta, iaitu yang ketiga dilakukan selepas kali pertama badan itu berbuat demikian pada Julai tahun lalu.

Bagi mengulas lanjut, Azwanddin menyatakan bahawa dalam laporan polisnya, beliau turut mendakwa Gabriel sebagai ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS dan menerima dana daripada agensi itu serta hartawan AS, George Soros.

"Saya juga minta Gabriel dan dua yang lain dilucutkan kerakyatan kerana berpaling tadah terhadap Malaysia dan kesalahan pengkhianat" jelasnya.

- BHOnline

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top