.... Shafiqah Othman Hamzah : Kita Berasal Dari Keturunan Haiwan | AAKJ





Mereka yakin bahawa otak yang mereka miliki diciptakan oleh Tuhan adalah bermasalah. Menurut Shafiqah Othman Hamzah. Kolumnis Malay Mail Online yang aktif mengenai Islam itu pernah mendakwa bahawa kisah nabi Adam dan Hawa dihukum untuk turun ke dunia hanyalah untuk menakut-nakutkan kita agar patuh kepada pihak yang berkuasa.

“Sejujurnya saya fikir otak ‘creationist’ (mereka yang beriman kepada Tuhan) adalah tidak disesuaikan untuk menerima fakta. Tetapi kamu tahu apa yang indah mengenai fakta? Ianya tidak akan berubah hanya kerana kamu enggan mempercayainya“ dakwa anak kepada penyanyi Singapura yang terkenal pada era 70an, Othman Hamzah.

“Tetapi jika mereka memberitahu kamu yang kamu dihalau (ke bumi) disebabkan oleh kesalahan kecil, bagaimana untuk menakutkan kamu untuk tunduk kepada pihak yang berkuasa?” dakwanya lagi.

Aktivis Sister In Islam (SIS) ini yang juga merangkap ahli Komuniti Muslim Universal (KMU) itu hairan bagaimana mungkin terdapat khalayak manusia yang boleh berasa terhina dengan hakikat bahawa manusia berasal daripada Mawas dan mempunyai pertalian persaudaraan dengan haiwan-haiwan lain”.

“Hanya kerana moyang-moyang kita mengambil jalur evolusi yang lain, tidak bermakna bahawa kita ‘lebih berevolusi’ berbanding dengan haiwan. Kita Cuma berevolusi secara berbeza ” katanya.

Harapan beliau agar manusia tidak menyangka mereka adalah sepsis yang terbaik, mahupun yang paling sepurna evolusinya. Tambahnya lagi, mereka yang berpandangan sebegitu, seolah-olah seperti mendakwa bumi sebagai pusat alam semesta ini.

“Tidak wujud sesuatu seperti ‘spesis yang terbaik’ atau ‘yang paling disempurnakan’. Sebenarnya, kita sendiri bakal menjadi moyang yang sama bagi sepsis-spesis baru pada masa akan datang” ujarnya.

Disini kita dapat lihat, bertapa terpesongnya akidah segelintir anak-anak muda sekarang. Dek kerana ilmu pengetahuan dan pencapaian yang dikecapai dalam hidup. Mereka merasakan diri sendiri sudah cukup pandai untuk memahami dan menilai apa yang berlaku dahulu, kini dan akan datang.

Diharapkan, pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera kerana kejadian sebegini dapat memesongkan akidah ramai lagi orang Islam di luar sana. Semoga Tuhan member hidayah kepada mereka dan melindungi kita daripada pekara yang memesongkan akidah dan mengundang kemurkaaNya.

-pru14.tv


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    1. Kesian kan shafiqah ni.. anak keturunan beruk rupanya.. patutla otak tu singkat & pendek akal fikiran..
      Nasiblah ko shafiqah.. kami keturunan Nabi Adam & Hawa, keturunan nabi...

      ReplyDelete
    2. Adakah dye seorang munafik?
      Suh dye bace nie n pahamkan.

      surah al-Mukminun ayat 12-14:

      Maksudnya : 12. dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;
      13. kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan Yang kukuh;
      14. kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

      ReplyDelete

     
    Top