.... Rakyat Dikhianati Kerajaan DAP Pulau Pinang | AAKJ





Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa terlebih bayar sebanyak 400 peratus untuk tiga projek utama jalan di negeri ini disifatkan mengkhianati kepercayaan lebih 1.6 juta rakyatnya.

Bendahari Pemuda MCA, Datuk Michael Lee Beng Seng berkata, lebih mengejutkan apabila pembayaran lebih tinggi daripada skala maksimum diwartakan sebanyak RM136.4 juta itu dikatakan hanya untuk pembinaan jalan sepanjang 20 kilometer (km).

Jelas Beng Seng yang juga Ke­tua Pemuda MCA negeri, tindakan kerajaan negeri yang dilihat se­ngaja menangguhkan pelaksanaan projek berkenaan selama lebih­ tiga tahun bermula 2015 hingga pertengahan tahun hadapan juga perlu dipersoalkan.

“Perkara ini menunjukkan Kerajaan DAP Pulau Pinang boleh disifatkan sebagai mengutamakan perunding dan kontraktor projek terlibat berbanding kese­lamatan dan kesejahteraan rak­yat,” katanya dalam satu kenya­taan di sini hari ini.

Semalam, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, Kerajaan DAP Pulau Pinang diberi masa seminggu memperjelaskan bagaimana terdapat lebihan bayaran sebanyak 400 peratus untuk tiga projek utama jalan di negeri ini.

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk melaporkan perkara itu kepada pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika terdapat unsur rasuah atau penyalahgunaan kuasa.

Mengulas lanjut Beng Seng berkata, beliau meragui tindakan kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah besar nilai tersebut yang nyata melebihi peruntukan projek mitigasi banjir di negeri ini sejak lapan tahun lalu iaitu hanya melibatkan sebanyak RM100 juta setiap tahun.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top