.... Rakyat China Bakal Melabur Di Pulau Pinang, Kenapa Mahathir Diam? | AAKJ





Inilah sifat retorik yang sering kali dipamerkan oleh puak Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Kalau orang lain yang buat, sudah pasti mereka akan mengecam dan mengkritik tindakan itu habis-habisan.

Sudah menjadi kebiasaan puak pembangkang menunjukkan sikap jahat mereka kepada kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Apa jua yang dilakukan kerajaan dan Najib akan dipertikaikan dan diburuk-burukkan kononnya hanya memberi bebanan kepada rakyat.

Tindakan mereka itu dilihat cuba meraih simpati kononnya mereka sebenarnya mempertahankan hak rakyat, sedangkan secara faktanya mereka hanya bercakap berlandaskan nafsu jahat mereka sahaja.

Tapi kalau mereka sendiri yang buat, macam-macam alasan yang diberikan untuk menjustifikasikan tindakan dan keputusan yang telah mereka lakukan, walaupun ianya benda yang sama.

Jika sebelum ini, bila pihak Kerajaan Pusat membuat pengumuman untuk menjalinkan hubungan kerjasama ekonomi dengan Kerajaan China, bukan main lagi puak Pakatan Harapan bising dan mengkritik.

Jeliknya apabila mereka menjaja cerita dengan membuat dakwaan, kononnya pihak Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) mahu menjual Negara kepada orang luar. Walhal, semua itu hanya sekadar pelaburan perniagaan diantara kedua-dua negara.

Namun jika dilihat perbandingan saiz projek penambakan laut Forest City vs Melaka Gateway vs Pulau PTMP Selatan Pulau Pinang yang melibatkan pelabur dari negara China.

Ketiga-tiga projek adalah projek-projek penambakan. Ketiga-tiga projek mempunyai unsur-unsur pembiayaan negara China dengan penyertaan tempatan.

Kedua-dua Gateway Melaka dan projek Forest City telah diserang dengan teruk oleh Pakatan kerana pembiayaan China, berapa besar projek tersebut dan siapa yang akan tinggal disitu dalam bilangan besar bagi projek baru yang dibina di sana.

Berikut adalah fakta-fakta tentang saiz:

Forest City : 3425 ekar.

Penambakan Penang Island South : 4500 ekar.

Melaka Gateway : 608 ekar.

Jadi, persoalannya sekarang adalah siapa yang akan membeli dan tinggal di Penambakan Pulau PTMP Selatan Pulau Pinang?

Apakah yang akan berlaku jika tidak ada cukup pembeli? Bagaimana pula untuk membayar balik pinjaman besar-besaran berbilion ringgit yang telah diambil?

Ini kerana ia merupakan kawasan seluas 31% lebih besar daripada Forest City yang mempunyai sasaran pasaran penduduk yang lebih besar – di antara Johor dan Singapura.

Tapi ironiknya, ke mana hilangnya Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini begitu lantang mengkritik tindakan Kerajaan Pusat mewujudkan hubungan kerjasama ekonomi dengan negara China itu?

Kenapa bekas Perdana Menteri keempat itu hanya mendiamkan diri dan tidak mengkritik tindakan yang dilakukan oleh kerajaan DAP bawah pimpinan Lim Guan Eng seperti mana yang dilakukan terhadap Kerajaan Pusat?

Tiada pula beliau membuat spekulasi dengan memberikan gambar, kononnya jika Kerajaan DAP Pulau Pinang itu tidak mampu bayar balik hutang mereka kepada China, maka Pulau Pinang terpaksa digadaikan.

Dengan ini, puak Pakatan Harapan ini sebenarnya hanya sekadar pandai mengutuk tindakan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Pusat untuk menyebarkan spekulasi dan memburukkan Barisan Nasional. Tapi bila kena batang hidung sendiri, mereka hanya membisu.

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top