.... PRU14 : PAS Kedah Dijangka Mudah Diatasi Oleh PAN Dan PPBM | AAKJ





Seperti kebiasaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan menyaksikan persaingan sengit di antara wakil-wakil yang dipilih dari pelbagai parti akan bertanding untuk mendapatkan kawasan yang ditandingi.

PRU yang seterusnya akan menjelang tidak lama lagi. Ketika ini setiap parti politik yang ada di Malaysia dilihat sudah bertungkus lumus memulakan persiapan termasuk sudah memilih calon untuk bertanding bagi menghadapi pilihan raya ke-14 (PRU14) akan datang ini.

Namun bagaimanapun, terdapat desas-desus mengatakan PAS Kedah dijangka mudah diatasi oleh parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad menjelang PRU14.

Jika diimbas kembali, negeri Kedah pernah menjadi satu kebanggaan PAS kerana kejayaan mereka menawan negeri itu pada PRU12 tahun 2008. Malah parti itu pada waktu itu dianggap terkuat dan sangat bersatu menyebabkan UMNO-BN buntu untuk mencari jalan mengalahkan PAS pada PRU Ke-13.

Namun malangnya apabila timbul sikap tamak dan gila kuasa, sikap para pemimpin PAS mulai berubah. Yang dahulu beria-ia mahu memperjuangkan rakyat kononnya, bertukar menjadi perjuangan untuk tembolok sendiri.

Kerana projek, Kerajaan Negeri PAS Kedah berkecamuk dan usaha-usaha untuk merampas kuasa daripada penguasaan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak telah dilancarkan dari dalam PAS. Dan akhirnya PAS berjaya dikalahkan oleh UMNO.

Meskipun UMNO Kedah sekarang ini terbelah kepada dua bahagian iaitu melibatkan kem Ahmad Bashah yang masih setia kepada UMNO dengan kem Mukhriz-Mahathir yang telah berpindah parti kepada Cap Bunga, hakikatnya PAS Kedah pula jauh lebih teruk perpecahannya.

Ini dapat dilihat apabila PAS Kedah tidak mempunyai seorang wakil pun dalam saf kepimpinan utama PAS Pusat menerusi pemilihan baru-baru ini. Di Kedah sendiri, PAS Kedah bergelut dengan kaum parasit yang masih bersembunyi dengan topeng PAS tetapi sokongan dan hati mereka kepada DAP-PAN yang diketuai oleh ADUN Pengkalan Kundor, Phahrolrazi Zawawi.

Terbaru, DUN N18 Tokai atau sebelum ini dikenali sebagai DUN Bukit Raya merupakan antara kubu kuat PAS di Kedah. DUN tersebut adalah kawasan kubu kuat Allahyarham Fadzhil Noor, bekas Presiden PAS.

Pada PRU-13 yang lepas, calon PAS iaitu Taulan Rasul berjaya memperolehi 18005 undi, manakala calon UMNO-BN iaitu Najmuddin Derus pula hanya memperolehi 12172 undi. Undi rosak pula adalah sebanyak 364 undi. Sekaligus memberi makna Taulan Rasul menang dengan majoriti 5833 undi, jumlah yang agak selesa.

Namun menurut laporan blog TFK, menjelang PRU-14, PAS nampaknya bakal kehilangan DUN Tokai. Ini kerana PAS bukan sahaja akan berhadapan dengan UMNO-BN tetapi pencabar baru yang lebih bersemangat iaitu PAN menerusi anak lelaki Allahyarham Fadzhil Noor iaitu Faiz Fadzhil yang dilaporkan akan menjadi calon PAN untuk DUN Tokai pada PRU akan datang.

Malah anak kepada Taulan Rasul, Surya Putra Taulan juga dilihat seringkali sepentas dengan wakil-wakil dari PAN. Sudah acapkali Surya Putra dilihat sepentas dengan Faiz Fadzhil dalam program-program yang diadakan oleh PAN khususnya di Tokai.

Lebih-lebih lagi apabila kebanyakan pemimpin PAS Kedah terutama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Sanusi Md Noor seperti tidak sedar. Ini akan membuat PAS Kedah akan dimalukan lebih teruk pada PRU kali ini.

Mereka bukan sahaja akan dimalukan oleh kepimpinan UMNO di bawah Ahmad Bashah tetapi yang lebih penting, PAS Kedah akan dimalukan oleh parti serpihannya sendiri, PAN yang berketuakan Phahrolrazi Zawawi.

Dengan kehilangan ramai tenaga dan sokongan muda, PAS Kedah dilihat masih lagi bongkak dan enggan akur kepada saranan Presiden PAS yang menganjurkan politik matang dan sejahtera bagi kelangsungan hayat PAS sendiri.

Oleh itu, timbullah persoalan yang sering diperkatakan oleh para penyokong akar umbi PAS Kedah sendiri, apakah sebenarnya PAS Kedah mahu memalukan Abdul Hadi Awang dan PAS Pusat sebagai cara membalas dendam setelah PAS Kedah tidak mendapat tempat dan perhatian, bahkan dipandang lekeh pada peringkat Pusat.

Atau barangkali kerana terlalu banyak yang telah diisi ke tembolok pada masa PAS menjadi Kerajaan Negeri Kedah, membuatkan PAS Kedah sekarang terpaksa akur dan sangat hormatkan Phahrolrazi Zawawi yang merupakan Exco Kanan Negeri Kedah pada zaman PAS sebagai Kerajaan Negeri dahulu?

Berapa banyak kawasan yang sebelum ini tegar PAS, termasuklah Pokok Sena akan tumbang ke tangan PAN dan Cap Bunga kerana sikap para pemimpin PAS Kedah sendiri?

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top