.... Perjuangan UMNO Martabatkan Islam Disukai PAS | AAKJ





Prinsip dan perjuangan UMNO ke arah kepentingan memartabatkan umat dan agama Islam selama ini menyebabkan PAS ‘suka’ terhadap parti itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Najib yang juga Presiden UMNO, berkata ini kerana PAS yang ‘dibuli’ oleh DAP dalam pakatan pembangkang sebelum ini, melihat UMNO dari aspek kebajikan dan pentadbiran yang banyak menguntungkan umat Islam. 

“Macam mana pun kita ada berbeza pendapat, kerajaan pimpinan UMNO ada prinsip perjuangan dan dia (PAS) nampak perjuangan kita ke arah kepentingan memartabatkan umat Islam. 

“PAS sudah serik dengan DAP…bila PAS bersama DAP dia kena buli, sampai PAS pun angkat tangan dan lari,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Rakyat peringkat Kedah dan Majlis Pelancaran Lampu Jalan Kampung Fasa 8 (LJK8) peringkat kebangsaan di Masjid Pering di sini, hari ini. 

Turut hadir, isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor. 

— BERNAMA

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top