.... Perdana Menteri Puji Jasa Dr Abdul Rahman Kadir | AAKJ





Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakan-rakan media sosial tentang peranan mereka menyebarkan berita-be­rita positif mengenai negara dan jangan sesekali terjebak dalam penularan cerita-cerita negatif.

Kata beliau, tanggungjawab sebagai pengguna media sosial besar kerana mampu mempe­ngaruhi masyarakat maka mereka perlu menggunakan pengaruh tersebut untuk membantu me­nyemai semangat cintakan negara.

“Saya berharap akan ada lebih ramai pengguna media sosial seperti Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir yang telah memilih untuk mengingatkan masyarakat berkenaan usaha-usaha dan polisi-polisi kerajaan.

“Perkongsian Abdul Rahman mengenai caj perkhidmatan penjagaan kesihatan yang masih tidak berubah sejak berpuluh tahun dahulu telah menjadi viral di laman sosial tersebut.

“Insya-Allah jika semua memainkan peranan dan tanggungjawab, saya yakin kita akan berjaya lahirkan sebuah masyarakat yang positif dan saling menya­yangi,” katanya dalam catatan terbaharu di blognya, najibrazak.com di sini hari ini.

Najib turut berkongsi beberapa keping gambar kehadirannya bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam Majlis #MariBerjumpaRamadan bersama rakan-rakan media sosialnya di laman sosial Facebook dan Twitter beliau.

Antara yang hadir dalam program tersebut, pengacara te­levisyen Datuk Aznil Haji Nawawi; selebriti media sosial Wak Doyok; pereka fesyen, Fuzana Mokhtaza; pengasas Kilang Bateri di Johor, Johan Ropi dan aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng.

Pada majlis yang sama, Najib dan isteri turut meraikan 60 kanak-kanak dari Sekolah Bim­bingan Jalinan Kasih (SBJK).

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top