.... Penyelewengan Kos Jalan Berkembar Di Tanjung Bungah Gagal Disorokkan DAP | AAKJ





Semakin banyak helah Lim Guan Eng yang terdedah dan didedahkan. Kebanggaan palsu yang sering dipertontonkannya, mula memakan diri, apatah lagi kes mahkamah melibatkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang sedang menantinya juga memerlukan perhatian khusus setelah 9 tahun beliau berlagak seperti Maharaja Kecil Pulau Pinang.

Sedia maklum, parti rasis dan cauvinis DAP gemar menuduh UMNO/BN mengamalkan rasuah, curi duit rakyat dan penindas rakyat. Hakikat menyedari, tuduhan yang dilemparkan itu sebenarnya terpalit pada batang hidung parti rasis dan cauvinis DAP sendiri.

Sebelum ini, Guan Eng yang merangkap Setiausaha Agung DAP digesa untuk menjelaskan apa yang didakwa sebagai bayaran empat kali ganda lebih tinggi berbanding kadar yang diwartakan untuk kos perundingan projek rangkaian tiga jalanraya dan terowong di negeri itu.

Setiausaha Agung DAP yang belum sah jawatan itu diberi tempoh sehingga seminggu selepas Hari Raya untuk menjelaskan perkara tersebut. Jika Ketua Menteri yang memegang 20 lebih jawatan dalam negeri ini gagal berbuat demikian, perkara berkenaan akan dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disusuli laporan kepada pihak polis.

Ini kerana Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) menyatakan bahawa kos RM177 juta yang dibayar kerajaan negeri itu kepada pemegang konsesi projek berkenaan adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding kadar maksimum dibenarkan iaitu RM41.05 juta.

“Berdasarkan laporan LJM itu, ini bermakna Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah terlebih bayar RM136 juta. Jika dia gagal memberi penjelasan atau ianya tidak mencukupi, kita akan melaporkan perkara ini kepada SPRM.

“Pembayaran lebihan ini lebih tinggi dari RM100 juta yang dibelanjakan Kerajaan DAP Pulau Pinang bagi usaha penebatan banjir sejak 2008.

“Jumlah ini sama dengan bayaran bonus Hari Raya sepanjang 18.2 tahun melibatkan kos RM7.2 juta yang diberikan Kerajaan Pulau Pinang kepada kakitangan kerajaan negeri dan guru tahun ini,” kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Kini, Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Eric See-To pula mendedahkan satu lagi misteri berhubung kos jalan berkembar di Tanjung Bungah. Nampaknya Guan Eng dan kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP kantoi menyelewengkan kos jalan berkembar di Tanjung Bungah.

“Satu lagi misteri ialah, berdasarkan kepada jawapan terperinci YB Lim Hock Seng, kos khidmat perundingan bagi jalan berkembar sepanjang 10.53km dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang adalah RM120.4 juta atau 32 peratus dari kos pembinaan berjumlah RM337.6 juta, atau SEPULUH KALI ganda dari paras maksimum yang dibenarkan oleh skala yuran yang diwartakan Lembaga Jurutera.

“Jawapan yang diberikan di Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 19 mei 2017. Mengapa bayaran khidmat perunding bagi jalan yang pendek lebih mahal dari terowong bawah laut yang lebih mahal dan sukar?,” soal See- To.

Oleh itu, Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu menjawab mengapa yuran khidmat rundingan sebanyak RM120.4 juta hanya untuk membina jalanraya yang mudah melibatkan jarak 10.53km, di mana Malaysia memiliki banyak kepakaran dan kos itu lebih mahal sebanyak RM96 juta bagi bayaran khidmat rundingan untuk membina terowong bawah laut bernilai RM3.5 bilion.

“Pada masa sama, kita mahu rakyat menilai sendiri sama ada munasabah atau tidak, RM210 juta sudah dibayar Kerajaan Pulau Pinang hanya untuk laporan pembinaan jalanraya 20km atau RM11 juta bagi setiap kilometer, yang turut lewat pembinaannya selama tiga tahun.

“Sebagai perbandingan, Kerajaan Barisan Nasional sudah membelanjakan RM230 juta bagi menyiapkan sepenuhnya Jambatan Batang Sadong, jambatan terpanjang di Sarawak pada ketika ini.

“Jambatan ini yang dijanjikan melalui Pilihanraya Negeri Sarawak pada 2011, sudah dibuka kepada pengguna tahun lalu,” tambahnya.

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top