.... Pengkhianatan DAP Dan Guan Eng, Rakyat Pulau Pinang Wajib Hukum | AAKJ





Sememangnya sudah tiba masanya rakyat negeri Pulau Pinang menolak kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP daripada terus memerintah negeri ini. Semenjak pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang bertukar tangan dari Barisan Nasional (BN) kepada DAP, banyak malapetaka yang dibawa kerajaan parti itu.

Kerajaan DAP Pulau Pinang yang di bawah pimpinan Lim Guan Eng yang juga merangkap Setiausaha Agung DAP terus menzalimi rakyatnya dengan pelbagai bebanan dan melakukan kerosakan pada negeri. Parti MCA dan Gerakan boleh menjadi saksi kezaliman yang dilakukan kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP terhadap rakyat.

Tak cukup dengan isu kontroversi berhubung isu penjualan tanah awam di Lebuh Raya Peel oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang yang terus hangat diperkatakan dan dipertikaikan, kini satu lagi penyelewengan yang dilakukan oleh Guan Eng terdedah berhubung kos projek jalan di negeri Pulau Mutiara ini.

Ini dapat dilihat apabila Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menggesa Ketua Menteri itu semalam untuk menjelaskan apa yang didakwa sebagai bayaran empat kali ganda lebih tinggi berbanding kadar yang diwartakan untuk kos perundingan projek rangkaian tiga jalanraya dan terowong di negeri itu.

Setiausaha Agung DAP yang belum sah jawatan itu diberi tempoh sehingga seminggu selepas Hari Raya untuk menjelaskan perkara tersebut. Jika Ketua Menteri yang memegang 20 lebih jawatan dalam negeri ini gagal berbuat demikian, maka perkara berkenaan akan dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disusuli laporan kepada pihak polis.

Abdul Rahman Dahlan berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk melaporkan perkara itu kepada pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika terdapat unsur rasuah atau penyalahgunaan kuasa.

Walau apa pun, tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa terlebih bayar sebanyak 400 peratus untuk tiga projek utama jalan di negeri ini disifatkan mengkhianati kepercayaan lebih 1.6 juta rakyatnya.

Itulah yang disifatkan Bendahari Pemuda MCA, Datuk Michael Lee Beng Seng. Beliau berkata, lebih mengejutkan apabila pembayaran lebih tinggi daripada skala maksimum diwartakan sebanyak RM136.4 juta itu dikatakan hanya untuk pembinaan jalan sepanjang 20 kilometer (km).

Malah beliau juga mengatakan tindakan kerajaan negeri yang dilihat sengaja menangguhkan pelaksanaan projek berkenaan selama lebih­ tiga tahun bermula 2015 hingga pertengahan tahun hadapan juga perlu dipersoalkan.

“Perkara ini menunjukkan Kerajaan DAP Pulau Pinang boleh disifatkan sebagai mengutamakan perunding dan kontraktor projek terlibat berbanding keselamatan dan kesejahteraan rakyat,” kata Beng Seng.

Tambahnya, beliau juga meragui tindakan kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah besar nilai tersebut yang nyata melebihi peruntukan projek mitigasi banjir di negeri ini sejak lapan tahun lalu iaitu hanya melibatkan sebanyak RM100 juta setiap tahun.

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top