.... Pengagihan Kerusi PRU-14, Pembangkang Masih Lagi Bercakaran | AAKJ





Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengakui Pakatan Harapan yang diketuai DAP belum mencapai kata sepakat untuk penentuan kerusi yang bakal ditandingi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya baru memulakan proses rundingan bersama parti-parti pembangkang lain bagi memastikan prinsip asas satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, diharapkan pengagihan tersebut dapat disegerakan supaya di peringkat negeri dan bahagian dapat diketahui sama ada sesebuah kawasan itu akan ditandingi oleh PPBM atau tidak.

"Matlamat kita ialah bertanding di kawasan-kawasan yang dahulunya Pakatan Rakyat kalah pada tahun 2013 atau sebahagian besarnya kawasan itu dimenangi oleh UMNO.

"Kalau dapat persefahaman dalam Pakatan Harapan, eloklah kami diberikan ruang dan peluang untuk bertanding di kawasan seperti itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran PPBM Perak di Jalan Penganjur, Kampung Manjoi di sini hari ini.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top