.... Penduduk Balik Pulau Jadi Setinggan Di Tanah Sendiri | AAKJ





Bila nasi sudah menjadi bubur, air mata darah pun tidak berguna lagi. Memang kita kesian dengan nasib orang-orang Melayu di Pulau Pinang setelah mereka mengundi DAP dalam Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu.

Namun ini lah pengajaran yang terbaik bagi mereka.Sekiranya mereka tidak menjadi setinggan di tanah mereka sendiri maka mereka tidak akan sedar bahawa DAP merupakan pemerintah yang zalim dan kejam terhadap orang Melayu yang beragama Islam.

Hari ini bekas ahli parlimen PKR, Yusmadi Yusoff. menegaskan bahawa masyarakat tempatan Balik Pulau memerlukan satu rancangan pembaharuan tanah, dan bukannya kenyataan yang dibuat oleh ahli politik untuk kepentingan mereka sendiri.

“Apa yang berlaku hari ini adalah bahawa penduduk di Balik Pulau dituduh menjadi penduduk setinggan di tanah sendiri.

“Ini adalah orang yang sama ke sekolah atau masjid bersama saya, tetapi sekarang mereka menjadi penduduk setinggan,” kata peguam itu yang pernah menjadi wakil rakyat Balik Pulau, selama sepenggal iaitu antara tahun 2008 dan 2013.

Kawasan hijau di bandar itu kini semakin terancam disebabkan pelbagai projek pembangunan tidak terancang. Sebelum ini kawasan itu merupakan kawasan hijau yang bersih dengan kampung-kampung tradisional terpelihara dengan baik selain kebun buah-buahan dan sawah padi.

Perkara penting yang perlu diberi pengkhususan sekarang adalah berkenaan kampung-kampung Melayu yang berterusan menjadi mangsa kerajaan DAP Pulau Pinang. Kampung-kampung tersebut dirobohkan manakala penduduk pula diusir.

Orang Melayu Pulau Pinang kini merempat di tanah sendiri. Mereka perlu melakukan perubahan drastik pada PRU14 kelak dengan memastikan Barisan Nasonal mengambil alih semula negeri tersebut bagi memastikan kepentingan semua rakyat Malaysia akan terpelihara.

- Mykmu

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top