.... Pemuda UMNO Pulau Pinang Akan Hadapkan Guan Eng Ke SPRM | AAKJ





Penipuan serta penindasan terus dilakukan oleh kerajaan pimpinan parti rasis dan cauvinis DAP terhadap rakyat di negeri Pulau Pinang. Beban kos sara hidup yang tinggi di Pulau Pinang ditambah pula dengan pemerintah yang diketuai oleh DAP langsung tidak memikirkan hal berkaitan dengan kebajikan dan keperluan rakyat.

Selama ini Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng bangga melaung-laungkan slogan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus), yang kononnya menjadi pegangan mereka. Namun bukanlah slogan yang dipraktikkan tetapi hanyalah satu ayat kepura-puraan buatan DAP bagi meyakinkan rakyat supaya menyokong mereka.

Saban hari semakin banyak helah Guan Eng yang juga merangkap Setiausaha Agung DAP terdedah dan didedahkan. Kebanggaan palsu yang sering dipertontonkannya, mula memakan diri. Inilah jadinya bila orang yang hanya pandai cakap berdegar-degar dihadapan rakyat, kononnya kerajaan pimpinannya amanah dan telus dalam setiap projek rakyat.

Semua cakap macam tin kosong. Sejak mengambil alih kerajaan negeri pada 2008, parti rasis dan cauvinis DAP lebih banyak bermuka-muka sahaja dihadapan rakyat. Sedangkan merekalah buaya dan dinasour yang gila meratah hak rakyat.

Ini dapat dilihat apabila Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abd Rahim menempelak Guan Eng berhubungan kos konsultasi projek jalan menelan belanja sebanyak 10 kali ganda. Inilah ‘kehebatan’ Guan Eng yang sering tonjolkan. Kaut untung banyak tapi hasilnya kosong.

“Tahniah Lim Guan Eng kerana berjaya buat rekod… Jika sebelum ini kos terowong dasar laut antara yang dipertikaikan.

“Kini kos konsultasi projek jalan dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang yang hanya sepanjang 10.53 kilometer pula menjadi tanda tanya, apabila ia menelan belanja 10 kali ganda daripada jumlah maksimum yang dibenarkan oleh Lembaga Jurutera Malaysia,” ujar Rafizal.

Maka ini menunjukkan satu demi satu kerajaan negeri telah membongkar betapa tidak telusnya pentadbiran parti rasis dan cauvinis dalam membabitkan wang.

“Sebagai Ketua Menteri yang kononnya sentiasa melaungkan telus dan jujur, Guan Eng perlu menjawab mengapa perkara ini terjadi… Jalan yang hanya sepanjang 10.53 kilometer dibayar dengan begitu tinggi iaitu 32 peratus daripada jumlah kos pembinaan keseluruhannya, RM 337.6 juta.

“Pendedahan yang buat oleh Pengarah Strategik Dan Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Seri Rahman Dahlan perlu dijawab segera oleh Guan Eng kerana ia melibatkan kredibiliti kerajaan negeri,” tegas Rafizal.

Beliau juga memberi amaran kepada Guan Eng sekiranya Ketua Menteri yang memegang 20 lebih jawatan penting dalam negeri itu gagal menjawab persoalan yang dikemukan, maka Pemuda UMNO Pulau Pinang tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

“Apa yang lebih memeranjatkan adalah duit rakyat telah digunakan tetapi projek yang sepatutnya dilaksanakan sehingga hari ini tidak nampak bayang.

“Saya tidak nafikan jalan dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang memang memerlukan penambahbaikan kerana kesesakan teruk di waktu puncak ataupun berlaku kemalangan.

“Namun itu tidak bererti kerajaan negeri boleh menggunakan masalah ini sebagai alasan untuk perbelanjaan yang tidak sepatutnya,” tambah Rafizal.

Semalam, Pengarah Strategik dan Komunikasi BN, Datuk Seri Rahman Dahlan mendedahkan kos konsultasi yang begitu tinggi untuk projek jalan dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang yang hanya sepanjang 10.53 kilometer sebanyak RM120.4 juta, 10 kali ganda daripada jumlah maksimum yang dibenarkan oleh Lembaga Jurutera Malaysia.

“Kita mahu Ketua Menteri Pulau Pinang jelaskan mengapa kos untuk konsultasi jalan yang hanya 10.53 kilometer dibayar dengan begitu tinggi iaitu 32 peratus daripada jumlah kos pembinaan keseluruhannya, RM 337.6 juta.

“Rakyat mahu tahu, mengapa konsultasi untuk pembinaan jalan yang hanya 10.53 kilometer itu lebih tinggi daripada jumlah yang dibayar untuk khidmat konsultasi pembinaan terowong bawah laut yang lebih mahal dan berisiko tinggi, iaitu hanya sebanyak RM96 juta sahaja”, tegasnya.

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top