.... PAS Tidak Mengaku Menggunakan Surau, Masjid? | AAKJ





PAS Kawasan Kota Raja menyangkal dakwaan di media sosial baru-baru ini, kononnya ia menjalankan aktiviti parti di surau di Jalan Kebun Klang.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Raja, Mohamed Diah Baharun, berkata pihaknya menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Ketua Agama Islam di negeri ini yang melarang penggunaan masjid dan surau untuk kepentingan mana-mana parti politik.

“Aktiviti “Retreat Pilihanraya PRU – 14 PAS Kawasan Kota Raja” yang diadakan pada 21 Mei lalu adalah premis Pusat Ilmu Al Falah, Lorong Hj Abu Bakar, Jalan Kebun, Seksyen 30 Shah Alam. Premis ini terletak kira-kira 50 meter dari Masjid Jalan Kebun.

“Kami difahamkan oleh pihak urusetia atau perunding yang mengendalikan program kami bahawa premis itu asalnya Surau Al Falah.

“Tetapi ia tidak digunakan lagi sebagai surau untuk aktiviti ibadat ahli kariah kerana Masjid Jalan Kebun baharu siap dibina dan mula digunakan sejak awal April 2017,” katanya.

Katanya, bangunan itu diubahsuai menjadi pusat aktiviti masyarakat mulai April 2017 dengan nama Pusat Ilmu Al Falah untuk kegiatan kemasyarakatan dan keilmuan ahli kariah seperti Kelas al-Quran, tuisyen, kursus-kursus dan sebagainya.

Selain itu, katanya, bagi menampung kos pengurusan, bilik seminar di pusat itu disewakan kepada pihak luar untuk program dalaman seperti mesyuarat, seminar dan seumpamanya.

“Sehubungan itu, dakwaan itu adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali. “Kami memohon ribuan ampun dan maaf di atas kekeliruan yang timbul dan secara tidak langsung telah membabitkan pihak tuanku dalam permasalahan ini,” katanya.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top