.... PAS Pulau Pinang Dakwa Guan Eng Cuba Lindungi Perjudian Haram | AAKJ





Kerajaan DAP Pulau Pinang selama ini mengamalkan kapitalisme. Kapitalisme yang menjadi antara tunjang pemerintahan Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengutamakan keuntungan dan perolehan kewangan tanpa melihat kesan ke atas aspek sosial masyarakat.

Ini dapat dilihat apabila kegiatan perjudian yang semakin berleluasa di negeri Pulau Mutiara ini berpunca daripada dasar dan pendekatan pentadbiran Kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP di negeri itu.

Namun, seperti kebiasaan Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng akan mengelak apabila diasak menjawab masalah yang timbul dan menggunakan cara licik dengan cara menunding jari kepada pihak lain untuk dipersalahkan.

Disebabkan itu, PAS menyifatkan jawapan sambil lewa Guan Eng berhubung isu kegiatan perjudian di negeri ini menunjukkan beliau cuba ‘cuci tangan’ seolah-olah tidak berkait langsung dengan kuasa kerajaan negeri.

Itulah yang didakwa oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Iszuree Ibrahim. Beliau mendakwa sikap jengkel Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebenarnya cuba menyembunyikan perolehan mewah yang diraih daripada bertambahnya kegiatan tersebut yang berselindung di premis perniagaan di negeri ini.

“Apakah sinikal Guan Eng kepada PAS sebenarnya untuk menutup kesungguhan beliau ‘memayungi’ aktiviti yang menyumbang kepada hasil negeri di bawah tadbirnya? Beliau seakan melindungi kegusaran dari isu yang dibangkitkan itu,” kata Iszuree.

Tambahnya, Kerajaan DAP Pulau Pinang menyediakan premis untuk ‘menyempurnakan’ lesen judi yang diberi Kerajaan Persekutuan hingga kegiatan dapat dijalankan.

“Hakikatnya tidak perlu menuding jari kepada pihak polis untuk melakukan penguatkuasaan. Kerana fakta yang berlaku, tangkapan dan rampasan dibuat oleh pihak polis menunjukkan peningkatan semasa ia di bawah pentadbiran Guan Eng,” kata Iszuree.

Iszuree menegaskan statistik peningkatan tersebut bukan sahaja kerana keberkesanan penguatkuasaan dilakukan polis, tetapi sememangnya telah bercambah kegiatan judi di negeri ini.

Jadi, Guan Eng tidak perlu angkuh menyelar pihak lain untuk belajar mengenai pemerintahan dan pentadbiran kerajaan. Apakah penyelewengan dan skandal yang sedang meliputi pentadbirannya satu perkara untuk dibanggakan beliau?

Iszuree menempelak Guan Eng supaya perlu sedar diri dan beliau tidak mungkin dapat menutup kenyataan bahawa kerajaan negeri pernah berjanji untuk menangani kegiatan judi dalam mengekang masalah sosial yang semakin berleluasa di Pulau Pinang.

“Mengapakah pengakuan yang pernah dilafaz dulu kini sudah dilupakan? Apakah ertinya ini kalau bukan ia satu pembohongan, atau Guan Eng telah nyanyuk? Insya-Allah kami akan kemukakan dokumen pendedahan berkaitan sikit masa lagi,” kata Iszuree.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top