.... PAS Nak Rujuk Balik Dengan PKR? | AAKJ





PAS berharap semua 52 lantikan politik PKR di Kelantan kekal berkhidmat di negeri itu sekurang-kurangnya sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata terpulang kepada PKR untuk membuat keputusan. Katanya, Kelantan berharap PKR kekal berkhidmat sehingga PRU akan datang.

“Sekiranya PKR tetap memutuskan untuk meletak jawatan, PAS akan membuat lantikan baharu bagi mengisi kekosongan itu.

“Jawatan lantikan politik PKR di Kelantan adalah kira-kira 52 orang dan akan diganti dengan lantikan baharu jentera parti,” katanya pada sesi soal jawab bersama media di Majlis Berbuka Puasa PAS di sini, malam ini.

Yang turut hadir, Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki. Tuan Ibrahim mengulas tindakan ahli PKR yang mungkin meletak jawatan lantikan politik akhir Julai ini.

Pada 16 Mei lalu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengarahkan semua lantikan politik di Kelantan melepaskan jawatan serta-merta susulan tindakan PAS memutuskan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR.

Selepas hampir sebulan arahan dikeluarkan, PKR Kelantan dilapor belum meletak jawatan lantikan politik di negeri itu. Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, PAS akan memutuskan sama ada bertanding atau tidak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut, Sarawak esok.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top