.... Pakatan Semakin Huru-hara, Mahathir Mengaku Jadi Punca | AAKJ





Inilah jadinya bila mengamalkan sikap bermuka-muka dan penuh dengan pelbagai agenda licik demi untuk mencapai kepentingan peribadi, rakan sekutu pun takut nak mempercayainya. Tetapi bagus jugalah mereka menjadi rakan sekutu kerana kedua-dua mempunyai sikap yang sama.

Jadi, tidak menghairankanlah bila puak Pakatan Harapan yang kononnya dikatakan ‘bersatu’ dan bersedia mengambil ‘tanggungjawab’ negara ini, saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Sama-sama mengamalkan politik retorik dan menonjolkan sifat dwi standard, sikap munafik serta hipokrit.

Bekas perdana menteri yang kini merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui menjadi punca puak Pakatan Harapan semakin huru-hara. Ini dapat dilihat apabila beliau mengatakan bahawa dirinya adalah antara faktor yang menyebabkan pendaftaran rasmi Pakatan Harapan tertangguh.

Bekas perdana menteri keempat itu mendedahkan kesangsian Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap terhadap dirinya itu adalah kerana sejarah silamnya dengan pengasas PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara.

Walau apa pun, puak pembangkang ini sememangnya sudah huru-hara sejak mula lagi kerana berpolitik dengan cara tidak matang dan hanya lebih mementingkan kepentingan peribadi berbanding mengutamakan kebajikan rakyat.

“(Saya fikir ada antara mereka) bimbang, mereka sangsi, mereka merasakan saya masih mahu berkuasa, (dan) merampas parti mereka, pemikiran seperti ini,” kata bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu.

Tidak lama selepas dilucutkan jawatan sebagai timbalan perdana menteri, pada tahun 1999, Anwar berdepan dengan tuduhan meliwat dan salah guna kuasa. Beliau menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Mahathir dan penyokongnya adalah dalang di sebalik pertuduhan itu.

Namun bagaimanapun, kedua-dua pemimpin yang pernah menjadi musuh buat satu tempoh yang lama itu akhirnya hanya berpura-pura berbaik kerana mempunyai matlamat yang sama untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Walaupun demikian, Mahathir berkata anggota parti PKR masih sangsi dan membantah dengan cadangan beliau memegang jawatan dalam kepimpinan dalam puak Pakatan Harapan. Perbalahan mengenai peranan Mahathir dalam gabungan itu dikatakan melambatkan proses pendaftaran rasmi Pakatan Harapan.

“Mereka rasa sukar untuk memutuskan jawatan saya, saya bukannya meminta mahu memimpin atau apa-apa seperti itu, tetapi mereka yang minta.

“Saya tawarkan diri untuk berundur, saya kata saya tidak ada peranan sama sekali kecuali jika kamu meminta saya memberi ceramah.

“Malangnya dalam mesyuarat tidak rasmi (antara) pemimpin parti, persoalan menamakan ‘ketua’ sebagai pengerusi atau nama lain.

“Ada yang menentang jawatan pengerusi yang diberikan itu jika saya yang memegang jawatan tersebut. Jika orang lain memegang (jawatan) itu baik-baik saja, tetapi bukan saya,” kata Mahathir.

Kononnya ingin menunjukkan beliau tidak ‘gila kuasa’, Mahathir mengatakan ada cadangan “tidak masuk akal” untuk menamakannya sebagai “penasihat eksekutif”, tetapi beliau menolaknya.

Mahathir sememangnya hebat bermuka-muka untuk menutup agenda sebenarnya. Meskipun cuba ditutup, agenda liciknya tetap terserlah jika diperhatikan setiap tindak-tanduknya selama ini.

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top