.... Ombak Besar Melanda Pakatan Harapan | AAKJ





Pakatan Harapan diketuai DAP sedang dilanda krisis keyakinan yang kronik apabila kepemimpinan DAP dan PKR menolak cada­ngan untuk menjadikan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Ha­zizy Zainol Abidin berkata, perkara itu sememangnya sudah dijangka dan ia akan menjadi kudis berkekalan buat Pakatan Harapan.

“Pemuda UMNO Kedah sendiri tidak pasti dengan keupayaan Dr. Mahathir untuk menjadi Pengerusi Pakatan Harapan yang bakal dibentuk nanti. Ini kerana atas dasar faktor umur dan pendirian U turn memperlihatkan prinsip beliau yang mudah dijual beli.

“Hakikatnya PPBM masih lagi mentah tetapi mempunyai nafsu politik yang besar dan mahu menjadi pemain utama politik adu domba pembangkang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Shaiful Hazizy, tanggapan bahawa Dr. Mahathir adalah senjata politik baru adalah tidak betul malahan beliau hanya menjadi liabiliti politik kepada Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu.

“Pemuda UMNO Kedah juga percaya rakyat tidak akan sama sekali terpengaruh dengan politik syurga PPBM dan parti pembangkang.

“Kehadiran PPBM di dalam kumpulan pembangkang yang sedia ada hanya akan memburukkan keadaan dan bukan menjadikan mereka bertambah kuat.

“Pemuda UMNO Kedah yakin bahawa pakatan pembangkang mampu menjalankan fungsi dan tanggungjawab mereka dengan lebih baik walaupun tanpa Dr. Mahathir,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, Pemuda UMNO Kedah juga mahu pimpinan PPBM bersikap telus dan menjawab segala persoalan yang diutarakan oleh beberapa Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

“Pemuda UMNO Kedah percaya, rungutan dan kenyataan dua exco Armada sebelum ini mempunyai asas dan perlu disiasat.

“PPBM tidak boleh menjadi ayam jantan berkokok lantang dan pada masa yang sama ekor bergelumang tahi,” katanya.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top