.... Muhyiddin Mengaku PPBM Dilanda Gelombang Keluar Parti | AAKJ





Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengakui parti itu kini dilanda gelombang keluar parti oleh anggotanya khususnya di Perak yang tidak puas hati dengan keputusan pucuk pimpinan.

Katanya beliau masih menunggu angka sebenar yang keluar PPBM di Perak.

“Saya sudah tahu siapa di belakang yang cuba mengapi-apikan anggota supaya keluar parti secara beramai-ramai berikutan pelantikan Ketua PPBM Perak,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama presiden PPBM di sini hari ini.

Dalam laporan bulan lepas, lebih 1,000 anggota PPBM Perak diketuai Ketua Penaja Bahagian PPBM Ipoh Timur Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar dan Ketua Penaja Bahagian PPBM Teluk Intan Jemaat Yaacob isytihar keluar parti, berkuat kuasa serta merta susulan kegagalan Muhyiddin menyelesaikan konflik dalaman parti di peringkat pusat dan negeri walaupun tempoh seminggu telah diberikan kepada beliau.

Muhyiddin berkata keputusan untuk melantik ketua parti di negeri-negeri dibuat hasil perbincangan oleh pucuk pimpinan parti.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top