.... MP DAP Kluang Dihalau Dari Bazar Ramadan | AAKJ





Ahli Parlimen Kluang dari DAP, Liew Chin Tong dan rombongannya dihalau dari bazar Ramadan di Kluang semalam ketika mengagih-agihkan sumbangan buah kurma kepada orang ramai.

Ia merupakan kejadian kali kedua kepada Liew dalam tempoh tiga tahun.

Pembantu Liew, Sheikh Omar Ali berkata, kejadian itu berlaku pada jam kira-kira 5.45 petang.

“Saya dan pasukan Pakatan Harapan Kluang memulakan aktiviti edaran kurma lebih kurang pukul 5.45 petang tadi.

“Kami ucapkan terima kasih kepada urusetia bazar Ramadhan yang menguruskan bahagian gerai menjual juadah makanan dan kuih-muih. Edaran kurma berjalan cukup rukun, mahabbah dan penuh semangat silaturahim.

“Namun, kami amat kesal dengan apa yang berlaku setibanya kami di bahagian gerai menjual pakaian. Kami difahamkan urusetia yang menjaga kedua-dua bahagian ini adalah berbeza.

“Kami telah dimaki hamun, dikasari dan dihalau oleh sekumpulan pemuda. Salah seorang dari kalangan mereka dapat saya kenal pasti sebagai individu yang sama pernah menghalang kami memasuki bazar Ramadhan Kluang pada 2014 lalu yang lebih dikenali sebagai insiden ‘mana surat?’,” kata Sheikh Omar dalam kenyataan.

Hal seperti ini amat mendukacitakan, katanya, kerana bulan Ramadan yang mulia tidak wajar dicemari dengan kebencian, kekerasan dan kata-kata kesat serta kekasaran.

Pihaknya telah membuat laporan kepada polis malam tadi mengenai insiden tersebut di IPD Kluang, jelas beliau.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top