.... Mengapa Senator DAP Tergamak Mahu Jadikan Pulau Pinang Bandar Kristian? | AAKJ





Inilah jadinya apabila terlampau mengikut cara pemikiran parti rasis dan cauvinis DAP yang sememangnya telah amat jelas tidak suka orang Melayu dan Islam, yang mana baik atau tidak baik pun sudah tidak tahu membezakannya lagi.

Tidak menghairankanlah apabila PAS mendedahkan tahaluf siyasi antara PAS dan Pakatan Rakyat terbatal disebabkan timbulnya kesedaran bahawa gerakan Evangelis Kristian semakin terserlah dalam parti rasis DAP dan hal ini bakal merugikan Islam.

Jelas gerakan Evangelis Kristian semakin terserlah dalam DAP apabila Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Senator Dr Ariffin Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika negeri Pulau Pinang di bawah kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP menjadi Bandar Kristian.

Ariffin mengatakan demikian ketika menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Abu Shah, yang menimbulkan perbahasan mengenai aktiviti evangelisme dalam negara.

Parti yang di bawah pimpinan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang itu baru-baru ini dilanda kontroversi kerana pendedahan yang membongkar terdapat dakyah Evangelis Kristian dalam agenda politik mereka.

Isu ini timbul setelah seorang pakar akademik kajian politik, Dr Kamarul Yusoff, mendedahkan isi kandungan buku ‘Becoming Hannah’ yang ditulis ahli DAP, Hannah Yeoh merangkap ADUN Subang Jaya dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.

“Sedarkah kita bahawa tatkala DAP melaung-laungkan supaya urusan politik dipisahkan daripada urusan agama, pemimpin DAP sendiri sebenarnya sangat giat mencampurkan urusan politik dengan urusan agama?

“Dan sebuah buku tulisan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Haya, Hannah Yeoh, bertajuk “Becoming Hannah” (“Menjadi Hannah”) adalah salah satu bukti nyata mengenainya,” kata Kamarul Zaman.

Rekod Hansard perbahasan yang berlangsung pada 19hb April 2017 di Dewan Negara itu turut mencatatkan Ibrahim Abu Shah mendedahkan perihal Pulau Pinang yang mempunyai komuniti Evangelis Kristian yang pesat berkembang serta mempunyai hubungan rapat dengan gerakan Evangelis Kristian dunia.

Selain daripada itu, beliau juga menyentuh tentang satu cadangan yang dikatakan dibuat pada tahun 2011 untuk menjadikan Pulau Pinang, Bandar Kristian dan Kristian ‘agama rasmi’ negara.

Ariffin kemudiannya mencelah dengan berkata, “Apa salahnya kalau Penang hendak dijadikan Christian City, kena ubah Perlembagaan Pulau Pinang.”

Susulan itu, kenyataan Ariffin itu telah mencetuskan kontroversi dan dikecam. Namun jeliknya sikap parti rasis dan cauvinis DAP ini gemar memutar belit kenyataan. Ini dapat dilihat apabila Ariffin menafikan beliau menyokong pembentukan sebuah bandar Kristian di Pulau Pinang.

Malah beliau menyifatkan mereka yang tergamak untuk mempercayai tuduhan tersebut kononnya disifatkan tidak berkeupayaan dari segi intelek untuk membincangkan mengenainya.

Ariffin berkata, beliau kononnya sebenarnya bertanya soalan retorik untuk mencabar dakwaan Ibrahim Abu Shah mengenai gerakan membentuk ‘bandar Kristian’ di Pulau Pinang.

“Ia agak konteks sama sekali. Mereka katakan saya bersetuju untuk mengadakan bandar Kristian. Apa yang saya katakan dengan cara yang menyindir bagi menunjukkan individu yang tidak cukup intelektual.

“Apa yang beliau maksudkan bandar Kristian? Tiada bandar Kristian di dunia ini. Dan jika ada pihak yang mahu menubuhkan bandar Kristian, perlu ubah Perlembagaan,” kata Ariffin.

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top