.... Melayu Bangga Jadi Melayu Dikritik PAN | AAKJ





Parti Amanah Negara (PAN) mengkritik orang ramai yang berbangga dengan asal usulnya termasuk sebagai Melayu.

Penasihat Umumnya, Ahmad Awang berkata, manusia tidak dapat memilih untuk dilahirkan menjadi kaum tertentu.

“Kita tidak pernah memilih untuk dilahirkan sebagai Melayu, India atau cina atau kaum lain.

“Itu adalah ketentuan Allah S.W.T. Jadi kenapa berbangga dengan semangat perkauman,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Ahmad berkata, Allah S.W.T berfirman bahawa manusia diciptakan adalah untuk saling berkenalan.

PAN merupakan parti serpihan yang ditubuhkan beberapa bekas pemimpin PAS yang gagal mempertahankan jawatan dalam pemilihan parti itu beberapa tahun lalu.

Mereka diketepikan penyokong PAS kerana dilihat tunduk kepada agenda sekular dan liberal DAP serta PKR sewaktu memimpin PAS.

DAP, PKR dan PAN kini menganggotai Pakatan Harapan dan menjalin kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

PAN kononnya berfungsi sebagai parti Islam bagi menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang. – MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top