.... Maksiat Yang Dilakukan Oleh Zairil Dan Dyana, Sampai Bila Guan Eng Nak Sorok? | AAKJ





Inilah sikap jelik yang sering kali dipamerkan oleh puak Pakatan Harapan. Kalau orang lain yang buat, sudah pasti mereka menyalak mengecam dan mengkritik habis-habisan. Tapi jika mereka sendiri yang buat, macam-macam alasan atau hanya berdiam diri tanpa melakukan sebarang tindakan yang sepatutnya.

Itulah cara parti rasis dan cauvinis DAP. Sudah sebulan insiden viral makan malam romantik sepasang kekasih mirip pemimpin Melayu DAP, Zairil Khir Johari dan Dyana Sofya berlalu, namun sehingga kini masih tiada tindakan dikenakan DAP keatas kedua-dua pemimpin muda tersebut.

Zairil menafikan dirinya ialah individu didalam gambar yang tersebar meluas di media sosial itu, sementara Dyana pula tidak mengaku namun tidak menafikan wanita berkenaan adalah dirinya.

Sebaliknya calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan itu mendakwa ia kononnya merupakan serangan politik kotor dan merupakan pencerobohan privasi pasangan didalam gambar berkenaan.

Zairil yang merupakan wakil rakyat DAP bagi Parlimen Bukit Bendera sudahpun dipanggil DAP untuk memberikan keterangan dan parti berkenaan sudah menyatakan telah menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow juga pernah mengarahkan Zairil untuk memberi penjelasan kepada umum bagi membela dirinya, namun sehingga kini wakil rakyat berkenaan masih bisu daripada mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sampai bila Lim Guan Eng nak sorok maksiat yang dilakukan oleh Zairil dan Dyana? Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid kesal dengan sikap sambil lewa parti rasis dan cauvinis DAP terhadap isu kontroversi mengaitkan dua pemimpin DAP Melayunya itu.

Beliau menempelak Guan Eng sebagai Setiausaha Agung parti, tidak sepatutnya lepas tangan dan tidak menganggap ia isu peribadi dan diselesaikan secara tertutup. Ini kerana rakyat mahu tahu lebih-lebih lagi Zairil dan Dyana adalah Melayu dan beragama Islam.

”Jadi sebagai pemimpin yang disokong oleh rakyat, beliau kena sentiasa membersihkan nama (DAP) kalau terpalit. Kita kena nampak bersih, bukan saja kita kata kita bersih kita bermoral, tapi kita kena nampak bersih dan bermoral.

“Saya rasa (kena bezakan) urusan peribadi dengan urusan kepentingan awam. Walaupun mereka kata itu urusan peribadi atau keluarga, rakyat mahu tahu.

“Sebab sebagai ketua, kamu kena melangkaui isu-isu moral sebegini,” tegas Jahara.

Lagipun ini bukan kali pertama Zairil dan Dyana terpalit dengan dakwaan sebegini. Sebelum itu, mereka juga dikaitkan dengan gambar mesra seorang lelaki dan wanita dalam sebuah kereta selain dikaitkan dengan rakaman video sepasang kekasih sedang menari di sebuah kelab, yang tidak dinyatakan lokasinya.

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top