.... Majlis Berbuka Puasa Anjuran DAP Hanya Wayang Kulit | AAKJ





Puak Pakatan Harapan sering mengamalkan politik menghasut dan hasad dengki. Mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan nafsu politik mereka dapat dilampias. Bukan hanya itu sahaja, puak pembangkang ini juga sering bermuka-muka apabila berhadapan dengan rakyat.

Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Setelah umat Islam mula berpuasa tahun ini, kita mula mendengar berita majlis berbuka yang dianjurkan oleh parti parti politik di sana sini.

DAP juga tidak ketinggalan sibuk menganjurkan majlis berbuka untuk orang orang tetentu seperti A.Samad Said yang sebelum majlis itu menjadi jurucakap kepada DAP mengenai buku Hannah Yeoh yang sejelasnya merupakan buku yang memberitahu kita tujuan sebenar Hannah dan DAP terlibat dalam politik mencari kuasa di Malaysia.

Walau bagaimanapun, pernahkah anda mendengar parti rasis dan cauvinis DAP menganjurkan majlis berbuka puasa dan mengedarkan kurma secara percuma semasa bulan Ramadhan sebelum PRU 2008?

“Kawasan aku pun ada cawangan DAP tapi sebelum 2013 tak pernah dengar sekali pun DAP anjur majlis buka puasa jamu Melayu-Islam makan.

“Lim Kit Siang dah berpuluh-puluh tahun jadi wakil rakyat… Sejak mula dia jadi wakil rakyat sehingga sebelum PRU 2008, agak kamu berapa kali dia anjur majlis buka puasa dan berapa kilo kurma dia dah agih kepada oramg Islam setiap kali Ramadhan?,” soal Pengarah Strategik UMNO Kepala Batas, Azizi Safar dalam Facebook.

Namun kini, selepas PRU 2008, parti rasis dan cauvinis telah menukar strategi parti mereka dengan berlumba-lumba untuk menganjurkan majlis berbuka puasa dan membahagikan kurma secara percuma.

“Kenapa baru sekarang DAP ghairah nak tunjuk mereka mesra Islam? Kenapa baru sekarang DAP anjur majlis buka puasa dan agih kurma di bulan Ramadhan?

“Kenapa baru sekarang DAP kalut nak masuk masjid bagi tazkirah, dan masuk kampung bagi bantuan periok belanga?

“Mengikut hikayat, Portugis boleh tawan Kota Melaka kerana ada orang dalam tolong buka pintu kota… Kini DAP boleh masuk ke dalam komuniti Melayu kerana ada Melayu juga yang membuka lorong.

“Jangan lupa agenda politik DAP tidak terpadam bila mereka jamu Melayu makan… jangan perut kenyang otak jadi jem hingga tak nampak muslihat DAP,” kata Azizi.

Inilah taktik licik pembangkang, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk capai apa yang mereka mahukan. Mereka bermuka-muka apabila berhadapan dengan rakyat hanya untuk pancing undi.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top