.... Mahathir Wali Melayu, Anak Pinak Wali Apa? | AAKJ




Penyokong parti Mahathir tiba-tiba menjadi sasaran 'troll' apabila beliau melalui akaun facebook miliknya menobatkan Mahathir sebagai 'Wali Melayu'.

Dari status yang tertulis, jelas sekali beliau dalam keadaan tertekan kerana serangan bertali arus terhadap Mahathir sudah tidak dapat disekat lagi oleh kumpulan siber truper PPBM. Hasilnya, beliau dengan bebalnya melabelkan Mahathir sebagai wali kepada bangsa Melayu.


Mungkin beliau beranggapan orang Melayu Islam di Malaysia akan berhenti bercakap buruk mengenai idolanya itu kerana resamnya Melayu Malaysia begitu menghormati 'seorang wali'. Namun strategi menjual nama wali akhirnya memakan diri apabila netizen rata-ratanya semakin memperlekehkan Mahathir dan turut mengheret sekali ahli keluarga Mahathir yang lain.


Kedudukan parti milik Mahathir dilihat semakin lemah. Terbaharu, exco pemuda partinya sendiri turut membuat laporan SPRM berhubung kekayaan luarbiasa Mahathir dan anak-anaknya.

Terdahulu, acara keluar parti milik Mahathir dilihat berlangsung hampir di seluruh negara. Alasan keluar parti - parti milik Mahathir sudah menjadi parti untuk golongan bangsawan sahaja.

Ada juga di kalangan ahli parti Mahathir turut mempersoalkan bagaimana dalam masa yang begitu singkat, Mahathir dan anak-anaknya mampu menjadi antara individu yang terkaya di Asia.


Dengan pemilikan 480 buah syarikat, kita boleh bayangkan berapa wang mengalir masuk ke poket Mahathir dan anak-anaknya. Benarkan kesemua kemewahan yang superb ini datang dalam masa 5 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri?

Semakin hari semakin jelas nampak kenapa Mahathir memilih jalan bersekongkol dengan musuh ketatnya selama berpuluh tahun. Kalau tidak kerana wang yang bedsar jumlahnya, sanggupkah Mahathir keluar UMNO?

Kalau wali, Mahathir tidak akan sekali-kali jual maruah diri mengikuti bontot Kit Siang!

Baca juga:


Pernah Dengar Cerita Siti Hasmah Mengamuk Mahathir Nikah Gadis Belasan Tahun?

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top