.... Mahathir Tidak Seharusnya Lupa Tindakan Memenjarakan Seterunya | AAKJ





Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad tidak seharusnya lupa bahawa beliau telah menahan dan memenjarakan mereka yang menentangnya sewaktu beliau menerajui negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dalam catatan menerusi blog sskeruak.blogspot.com, hari ini.

“Dari 1998 hingga 2001, Mahathir menahan banyak pihak yang menentangnya dan beliau menggunakan penahanan tanpa undang-undang perbicaraan untuk menahan mereka yang beliau tidak dapat dakwa di mahkamah,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan Mahathir bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengenakan tindakan keras terhadap pembangkang dan aktivis menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja sebelum pertengahan tahun 2018.

Mahathir dalam blog chedet.cc hari ini berkata terdapat beberapa tanda atau usaha untuk membina kes bagi menangkap dan menahan pemimpin pembangkang yang akan mengakibatkan pakatan pembangkang menjadi kucar-kacir.

Salleh berkata dakwaan bekas perdana menteri itu terhadap Najib langsung tidak masuk akal dan tidak berasas.

Hakikatnya, kata beliau, Human Rights Watch menyatakan pada 1999, 2000, 2001, 2002, dan sebagainya bahawa Malaysia di bawah Mahathir adalah negara polis dan Mahathir sendiri merupakan diktator.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top