.... Lim Kit Siang Lahir Atau ‘Tiba’ Di Malaysia? | AAKJ





Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mahu Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjelaskan tempat sebenar beliau dilahirkan supaya seluruh rakyat Malaysia tahu asal usul pemimpin pembangkang itu.

Presidennya, Ramesh Rao dalam satu kenyataan media berkata, hasil carian pihaknya di laman internet wikipedia menunjukkan Kit Siang dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 20 Februari 1941.

Bagaimanapun, katanya, persoalan timbul kerana pada bahagian susur masa mengenai Kit Siang di wikipedia tertulis “tiba di Malaysia pada tahun 1957” tetapi tidak dimaklumkan dari mana.

“Jadi sebelum tahun 1957, di mana Kit Siang berada? Itu sebab kita mahu dia jawab di mana dilahirkan dan siapa yang sahkan kelahirannya,” kata Ramesh.

Ramesh berkata, Kit Siang perlu juga menjelaskan tentang asal usulnya kerana beliau sehingga kini tidak fasih berbahasa Melayu hingga setiap perkataannya sukar difahami di Parlimen.

Menurut beliau, selama ini rakyat Malaysia tidak pernah ambil tahu sejarah hidup pemimpin DAP itu, maka adalah langkah yang tepat untuk Kit Siang memberi penjelasan mengenai.

“Di mana sebenarnya tempat kelahiran Kit Siang. Kit Siang ? Di Batu Pahat, Johor siapa yang sahkan kelahiran beliau.

“Kalau lahir di Malaysia, Kit Siang dalam Parlimen bukan fasih berbahasa Melayu ketika berbahas dan kadang-kadang ada yang kita tak faham. Jadi kami minta Kit Siang jawab di mana dia dilahirkan supaya kita tahu,” kata Ramesh.

Kit Siang kini merupakan sekutu politik Tun Dr. Mahathir Mohamad yang keluar daripada UMNO dan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana berdendam dengan UMNO. – MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top