.... Kuil Hindu Di Selangor Turut Jadi Modal Politik PKR? | AAKJ





Pada 1 Jun lepas, ada kekecohan berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman yang terletak di Subang jaya apabila difahamkan ia akan dipindahkan ke lokasi baru selepas mendapat perintah mahkamah yang memihak kepada pemilik tanah lokasi kuil berkenaan.

Kekecohan tercetus apabila ada orang ramai yang tidak setuju kuil itu dipindahkan ke lokasi baru yang terletak kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi asal selepas satu perjanjian yang telah dipersetujui antara Ahli Jawatankuasa Kuil berkenaan dan pemilik tanah itu.

Masalah berkaitan kuil ini dikatakan telah berlarutan lama dan kini sudah ada orang politik masuk campur menjadikan keadaan lebih sukar untuk diselesaikan.

Dengar cerita, pihak yang menyokong pemindahan kuil ini ada kaitan dengan parti politik PKR.

Dalam satu kenyataan kepada media, Presiden Jawatankuasa Pengurusan kuil KK Chellapa, pihak mereka sudah bersetuju dalam satu perjanjian dengan pemilik tanah One City Development Sdn Bhd pada 2014 ke sebuah tanah seluas 1 ekar di USJ 23 di Subang.

Kuil berkenaan yang sudah berusia 146 tahun diarahkan untuk dipindahkan kerana ia terletak dalam laluan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Isu kekecohan berkenaan kuil ini sudah sampai kepada perhatian parti MIC dan difahamkan mereka sudah pun turun padang dan membuat laporan kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

Pihak Kerajaan Negeri Selangor juga diminta campur tangan dalam hal ini kerana sebelum ini dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, parti pembangkang turut menabur janji akan memastikan kebajikan rakyat semua bangsa di negeri itu akan terbela.


Di kawasan Subang, Ahli Parlimennya ialah R Sivarasa yang mencetuskan kontroversi juga apabila berceramah di dalam ruang solat di sebuah masjid di dalam kawasan Parlimennya sebelum ini.

Bukan satu atau dua isu melibatkan kumpulan bangsa tertentu di India yang tidak mendapat perhatian Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali malahan banyak lagi masalah rakyat yang dibangkitkan dibuat endah tak endah sahaja. 

– pru14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top