.... Kit Siang Berlakon Buka Puasa Di Kawasan Masjid, Peniaga Dilanda Ribut | AAKJ





Jika dilihat sikap puak Pakatan Harapan, puak pembangkang ini sering mempamerkan sikap bermuka-muka apabila berhadapan rakyat dan penuh dengan pelbagai agenda licik demi untuk mencapai kepentingan peribadi. Mereka tidak akan melakukan sesuatu itu jika tidak memberi keuntungan kepada mereka.

Itulah yang ditonjolkan oleh parti rasis dan cauvinis DAP. Dalam usaha untuk pancing rakyat menyokong mereka, apalagi mereka akan berpura-pura prihatin dan mesra dengan rakyat.

Lebih-lebih lagi apabila semakin hampir menjelang pilihan raya umum, mereka akan aktif mendekati rakyat dengan agenda tertentu terutama dalam usaha untuk pancing undi Melayu-Islam.

Parti DAP yang diterajui Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng ini, parti yang bangga melaung-laungkan kononnya untuk semua bangsa ini sememangnya tidak pernah suka Melayu dan Islam.

Namun dek kerana untuk pancing undi Melayu-Islam, mereka berpura-pura menyukainya. Ini dapat dilihat apabila pemimpin-pemimpin DAP memulakan lakonan mereka di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sebagai contohnya, Kit Siang baru-baru ini dilihat makan sedulang dengan orang-orang Islam semasa berbuka puasa di kawasan masjid. Tetapi kenapa agaknya Ramadhan tahun 2014, 2015 dan 2016 tidak pernah melihat Penasihat DAP itu makan sedulang dengan orang-orang Islam semasa berbuka puasa?

Jawapannya mudah. Ini disebabkan pada tahun-tahun berkenaan Pilihan Raya Umum (PRU) lambat lagi hendak diadakan. Tahun ini atau tahun depan, PRU wajib diadakan.

Mahu atau tidak, kenalah Penasihat DAP seumur hidup ini makan sedulang dengan orang Islam semasa berbuka. Itulah cara mereka untuk mengambil hati orang-orang Melayu.

Walau apa pun, diharapkan Kit Siang dapat turun melawat dan memberi sumbangan seadanya kepada penduduk Penaga yang dilanda ribut kuat baru-baru ini sehingga membadai puluhan rumah.

Janganlah hanya datang makan sedulang konon berbuka puasa dengan penduduk semata-mata untuk mengaut undi Melayu seperti mana yang beliau lakukan minggu lepas.

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    1. Kadang2 lakonan sebegini banyak termakan oleh melayu yang pelakon juga.Pelakon melayu yang tak sedar diri yang akhirnya tergadai negri.Melayu ini yang ahli dap atau penyokongnya tak ubah gali lubang sendiri dan menyuruh dap menanamnya.

      ReplyDelete
    2. Kadang2 lakonan sebegini banyak termakan oleh melayu yang pelakon juga.Pelakon melayu yang tak sedar diri yang akhirnya tergadai negri.Melayu ini yang ahli dap atau penyokongnya tak ubah gali lubang sendiri dan menyuruh dap menanamnya.

      ReplyDelete

     
    Top