.... Ketua Pembangkang Digantung Sehari Hadiri Sidang DUN Melaka | AAKJ





Ketua Pembangkang, Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh) digantung selama sehari daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, hari ini selepas membuat provokasi melampau dan mengganggu perjalanan sesi soal jawab.

Timbalan Speaker, Datuk Ab Wahab Ab Latif membuat keputusan itu selepas Khoo berdegil untuk terus mengganggu Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron yang menjawab soalan berhubung isu penipuan tanah di Kelantan membabitkan mangsa yang merupakan seorang pekebun.

Idris diganggu pelbagai provokasi dan soalan yang tidak berkaitan ketika beliau menjawab soalan Goh Leong San (Bebas-Duyong) yang ingin tahu mengenai perkembangan laporan polis Tanjung Minyak 276/17 berhubung kes penipuan tanah berkenaan.

"Tindakan ini sangat biadab serta mengganggu perjalanan sesi soal jawab dan dengan ini saya mengambil ketetapan untuk mengeluarkan ADUN Ayer Keroh (Khoo) kerana berdegil dengan arahan yang dikeluarkan," kata Ab Wahab Yunos Husin (BN-Ayer Molek) mencadangkan tindakan berkenaan dan ia disokong Datuk Ghazale Mohamad (BN-Rim) kerana Khoo menyebabkan sesi soal jawab berkenaan terganggu lebih 15 minit. 

- BERNAMA


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top