.... Kes 1MDB, DoJ Mengaku Saman Berdasarkan Khabar Angin | AAKJ





Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat menerusi perenggan akhir tuntutan saman bagi melucuthak barangan dimiliki individu didakwa berkaithubung dengan 1MDB berdasarkan tuduhan semata-mata dan tiada bukti.

Katanya, segala tuduhan dilemparkan terhadap tertuduh sekadar dakwaan sehingga mahkamah memihak kepada DoJ.

“Aduan pelucuthakan sivil adalah semata-mata dakwaan bahawa wang atau harta tersebut terlibat dalam atau mewakili hasil kutipan jenayah. Tuduhan ini tidak terbukti sehingga penghakiman membuat keputusan mahkamah memihak kepada Amerika Syarikat,” tulis DoJ di perenggan akhir saman berkenaan.

Dakwaan kononnya individu tertuduh menggunakan wang 1MDB bagi mengaut keuntungan dengan membeli pelbagai bentuk barangan termasuk lukisan mahal, pangsapuri mewah, kapal layar, serta beberapa lagi barangan lain ternyatan satu dakwaan semata-mata tanpa bukti sokongan.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini juga pernah menegaskan kepada DoJ untuk mendedahkan indvidu yang melaporkan tuduhan berkenaan sehingga DoJ memalitkan tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, serta isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor

“Malaysia berhak mengetahui siapakan pengadu tersebut dan DOJ perlu mendedahkan identiti mereka.

“Ini perlu untuk Malaysia mengesahkan apa kaitan pengadu terbabit dengan agenda parti pembangkang bagi menggulingkan PM dan Kerajaan yang dipilih secara demokrasi di Malaysia,” kata Abdul Rahman.

Bagi ahli Dewan Negara, Senator Fahariyah Md Nordin, reputasi DoJ kini terjejas ekoran badan berkenaan melemparkan dakwaan tanpa fakta dan tidak dibuktikan di mahkamah terlebih dahulu.

“Kenyataan menghasut dari DOJ ini terus dikeluarkan tanpa sebarang asas dan bukti yang kukuh bagi mempengaruhi orang ramai khuusnya rakyat yang mudah mempercayai sesuatu tanpa diselidik terlebih dahulu,” katanya.

Lantaran tuduhan liar DoJ ini kata Fahariayah, ianya sekaligus menjadi modal kepada pihak tertentu menyerang dan mencemarkan imej Malaysia serta pentadbir negara bagi kepentingan politik peribadi.

“Saya juga percaya tindakan DoJ ini didorong atau dihasut pihak tertentu yang cemburu dengan keamanan dan kemakmuran dikecapi negara,” katanya.

Justeru, katanya beliau mencabar DOJ untuk mendedahkan siapa sebenarnya penghasut atau pengadu yang mempunyai niat jahat menganggu-gugat pentadbiran negara.

“Malaysia tidak perlukan campurtangan asing termasuk DOJ dalam mengurustadbir negara kerana kita sentiasa mengamalkan dasar menghormati prinsip dan perlembagaan mana-mana negara sepertimana dilaksanakan dan dipraktikkan ketika ini,” katanya lagi.

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top